Kebudayaan Maritim Membentuk Melayu Hari Ini

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


{Awalnya ingin hasilkan sebuah tulisan yang berjela. Namun setelah ditilik-tilik, direnung-renung, maka menulis dalam bentuk nota itu lebih berkesan dan mudah difahami oleh orang lain}


A: SIFAT KEBUDAYAAN MARITIM BANGSA MELAYU

Masyarakat maritim seperti orang Melayu tradisional:

- Terbuka menerima pengaruh luar kerana perdagangan, hubungan diplomatik, agama

- Mudah berasimilasi (Melayu cepat menyesuaikan diri dengan orang luar)

- Kosmopolitan (bergaul dengan bangsa berbilang budaya, dari Arab, India, Parsi, China, Barat)

- Tidak kaku pada tradis; boleh melentur dan berubah mengikut keadaan

[Sikap ini pada zaman klasik (Kesultanan Melaka) membawa kekuatan, kerana menjadikan bahasa Melayu lingua franca dan identiti Melayu dominan di rantau ini]


B: KESAN TIDAK LANGSUNG PADA MASA KINI

Sikap maritim yang terlalu terbuka juga ada kelemahan bila dibawa ke zaman moden:

1. Identiti Melayu Malaysia mudah terhakis

- Terlalu mudah menerima unsur luar -> menyebabkan generasi muda lebih cepat mengangkat budaya asing (K-pop, Hollywood, dll) daripada mengangkat budaya sendiri

- Kurang sifat 'ketahanan budaya' seperti masyarakat agraria (contohnya Jawa khususnya Jawa Pedalaman seperti di Daerah Mataram, Yogyakarta, Surakarta, Kediri, Malang) yang lebih kukuh mempertahankan adat

- Melayu Malaysia lebih bangga menguasai bahasa Inggeris atau bahasa global, berbanding memperkukuh bahasa ibunda.


2. Bahasa Melayu (Malaysia) berpecah identiti

- Bahasa Melayu bersifat terbuka mengakibatkan ia mudah menyerap perkataan asing. Hari ini banyak percampuran dengan Inggeris (menghasilkan 'Bahasa Rojak')

- Sistem bahasa Melayu lebih longgar berbanding bahasa Jawa atau Thai yang berstruktur mengakibatkan ia cepat berubah mengikut trend.

- Dalam dunia global, kedudukan bahasa Melayu semakin tercabar oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa status, ekonomi, dan pendidikan tinggi.


3. Dasar kebudayaan kurang konsisten

-Negara Malaysia sendiri mewarisi sikap kosmopolitan hingga dasar kebudayaan dan bahasa kadang kompromi dengan kepelbagaian

- Akhirnya, Bahasa Melayu walaupun bahasa rasmi, sering dipinggirkan dalam sektor penting (undang-undang, pendidikan tinggi, korporat)

4. Perbandingan dengan masyarakat agraria

- Bangsa Jawa atau Thai lebih keras mempertahankan bahasa dan tradisi kerana sifat agraria mereka. Ini kerana sifat orientasi ke dalam, tidak mudah tunduk kepada pengaruh luar

- Melayu yang maritim sebaliknya lebih longgar, maka identiti lebih rapuh dalam jangka panjang

Nota:

- Sifat Oriantasi Ke Dalam: Masyarakat atau bangsa yang menumpukan perhatian ke dalam diri, tanah, adat, dan budaya sendiri, serta kurang terbuka kepada pengaruh luar

- Sifat Oriantasi Ke Luar: Masyarakat atau bangsa yang membuka diri kepada dunia luar, mudah menerima pengaruh asing, dan lebih kosmopolitan


Melayu Malaysia hari ini sedang mengalami 'paradox sejarah'



RUMUSAN

(1) Kekuatan maritim (terbuka, kosmopolitan, fleksibel) pernah menjadikan Melayu & bahasa Melayu bahasa perantara terpenting di Asia Tenggara

(2) Tetapi di era moden, kelemahan maritim (mudah cair, longgar, cepat mengikut arus luar) menyebabkan identiti Melayu Malaysia dan bahasa Melayu makin terhakis

(3) Dalam erti kata lain, sikap budaya maritim yang terlalu menerima yang dahulu merupakan kekuatan, kini menjadi kelemahan

(4) Melayu Malaysia sedang mengulangi 'paradoks sejarah' setelah lama dijajah:

- Dahulu jadi lingua franca kerana terbuka. Kini bahasa sendiri terpinggir kerana terlalu terbuka kepada bahasa lain.

- Dahulu terkenal sebagai pelaut ulung. Kini Melayu telah hilang ilmu pelayaran dan tidak memiliki kemahiran tersebut.

- Dahulu dikenal sebagai pedagang yang mahir. Kini kenal sebagai petani dan pesawah.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.


Comments