Antara kupasan menarik oleh Ustaz Muhd. Fashan semasa kelas Sirah dan Sejarah Islam di YT tadi adalah menyentuh mengenai kaum Tsamud dan unta betina milik Nabi Salleh A.S.
Ringkasannya.
Mada'in Salleh adalah sebuah kota purba pada zaman Nabi Salleh A.S yang terletak di wilayah utara Hijaz yang kini termasuk dalam kawasan negara Arab Saudi.
Pada zaman dahulu, kota ini dihuni oleh kaum Tsamud yang ketika itu dikenali sebagai al-Hijr.
Jika kita melihat sejarah hidup Rasulullah S.A.W, baginda dan para sahabat pernah singgah di kota peninggalan kaum Tsamud tersebut semasa dalam perjalanan ke Tabuk untuk berperang dengan Rom.
Di sana, Nabi menceritakan kepada para sahabat perihal kisah kaum Tsamud yang melawan perintah Allah dan Nabi Salleh A.S seperti kebiadapan kaum Tsamud yang telah membunuh unta Allah.
Di sana nabi ada melarang para sahabat daripada memasuki tempat-tempat kaum Tsamud yang pernah diazab, hingga ketika baginda melalui kawasan tersebut, baginda menutupi kepalanya dan mempercepatkan tunggangannya.
Selain memerintahkan para sahabat yang membuang roti yang diuli dari air yang digunakan dari sebuah sumur yang unta betina milik Nabi Salleh A.S dulu pernah minum dari sumur tersebut.
Sabda Nabi:
Dari Abdullah bin Umar R.A. Ketika baginda berada di al-Hijr, Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, tempat tersebut juga disebut Al-Hijr (bukit berpasir), cumanya kini ia dikenali sebagai Mada'in Salleh yang namanya diberi oleh seorang ahli Sejarah Andalus.
Apa yang ingin diperkatakan tentang kota Mada'in Saleh ini ialah, adakah bangunan-bangunan disitu yang kini menjadi antara warisan pertama di Arab Saudi yang diiktiraf sebagai tempat warisan sejarah dunia oleh UNESCO adalah benar-benar tinggalan kaum Tsamud?
Sebabnya, sesiapa yang pernah melawat bangunan-bangunan tinggalan di Mad'in Salleh akan mendapati bahawa binaan saiz bangunannya adalah sama seperti saiz manusia zaman sekarang. (lihat gambar)
Walhal kaum Tsamud adalah kaum selepas kaum Aad yang wujud pada zaman Nuh A.S dan tak jauh daripada zaman Nabi Adam A.S. Sudah semestinya fizikal kaum tersebut adalah bersaiz besar berbanding saiz manusia zaman sekarang.
Jawapannya, adalah tidak tepat menyatakan bahawa tinggalan bangunan-bangunan di Mad'in Salleh itu adalah tinggalan kaum Tsamud yakni kaum Nabi Salleh A.S.
Bangunan-bangunan tersebut adalah peninggalan kaum Nabataen yang juga pernah menetap di al-Hijr atau kini dikenali sebagai Mad'in Salleh lebih kurang seratus tahun Sebelum Masihi. (Dalam 138 tahun SM)
Sebab itulah bangunan-bangunan tinggalan di situ seperti rumah, dewan atau seumpamanya, saiznya lebih kurang sama dengan saiz manusia sekarang.
Tapi tak dinafikan tempat tersebut adalah tempat yang sama pernah didiami oleh kaum Tsamud pada suatu ketika dahulu.
Mungkin kota asal peninggalan kaum Tsamud tersebut pernah runtuh sebelum itu dan ia dipahat dan dibina semula oleh kaum Nabatean.
Bahkan bentuk peninggalan bangunan Mad'in Salleh ini lebih kurang sama bentuk atau 'patern'nya dengan bentuk bangunan Petra di Jordan. Menunjukkan ia dibina oleh kaum yang sama iaitu kaum Nabatean.

"Sesungguhya aku takut kalian akan ditimpa azab seperti apa yang menimpa mereka. Maka janganlah kalian memasukinya".
Dari Abdullah bin Umar R.A. Ketika baginda berada di al-Hijr, Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Janganlah kalian masuk ke tempat orang-orang yang diazab tersebut melainkan dengan keadaan menangis. Jika kalian tidak menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuatirkan kalian akan ditimpa apa yang ditimpa mereka".
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, tempat tersebut juga disebut Al-Hijr (bukit berpasir), cumanya kini ia dikenali sebagai Mada'in Salleh yang namanya diberi oleh seorang ahli Sejarah Andalus.
Apa yang ingin diperkatakan tentang kota Mada'in Saleh ini ialah, adakah bangunan-bangunan disitu yang kini menjadi antara warisan pertama di Arab Saudi yang diiktiraf sebagai tempat warisan sejarah dunia oleh UNESCO adalah benar-benar tinggalan kaum Tsamud?
Sebabnya, sesiapa yang pernah melawat bangunan-bangunan tinggalan di Mad'in Salleh akan mendapati bahawa binaan saiz bangunannya adalah sama seperti saiz manusia zaman sekarang. (lihat gambar)
Walhal kaum Tsamud adalah kaum selepas kaum Aad yang wujud pada zaman Nuh A.S dan tak jauh daripada zaman Nabi Adam A.S. Sudah semestinya fizikal kaum tersebut adalah bersaiz besar berbanding saiz manusia zaman sekarang.
Jawapannya, adalah tidak tepat menyatakan bahawa tinggalan bangunan-bangunan di Mad'in Salleh itu adalah tinggalan kaum Tsamud yakni kaum Nabi Salleh A.S.
Bangunan-bangunan tersebut adalah peninggalan kaum Nabataen yang juga pernah menetap di al-Hijr atau kini dikenali sebagai Mad'in Salleh lebih kurang seratus tahun Sebelum Masihi. (Dalam 138 tahun SM)
Sebab itulah bangunan-bangunan tinggalan di situ seperti rumah, dewan atau seumpamanya, saiznya lebih kurang sama dengan saiz manusia sekarang.
Tapi tak dinafikan tempat tersebut adalah tempat yang sama pernah didiami oleh kaum Tsamud pada suatu ketika dahulu.
Mungkin kota asal peninggalan kaum Tsamud tersebut pernah runtuh sebelum itu dan ia dipahat dan dibina semula oleh kaum Nabatean.
Bahkan bentuk peninggalan bangunan Mad'in Salleh ini lebih kurang sama bentuk atau 'patern'nya dengan bentuk bangunan Petra di Jordan. Menunjukkan ia dibina oleh kaum yang sama iaitu kaum Nabatean.
___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments
Post a Comment