Patani, Kedah, Kelantan, Terengganu Menentang Siam 1824

OLEH: Muhammad Zamri


PATANI KEDAH KELANTAN TERENGGANU MENENTANG SIAM 1824

NEGERI Kedah dan Patani telah didakwa oleh pihak Siam sebagai naungannya sejak zaman Sukhothai lagi. Pada 12 November 1821 tentera tentera Siam atas titah Raia Siam Rama Ill atau Phra Nang Klao (1824-.bertindak menyerang menawan negeri kedah Sultan Ahmad Tajuddin Kedah terpaksa melarikan diri ke pulau pinang dengan meninggalkan negeri baginda yang dipecahkan meniadi empat buah negeri-negeri kecil. Kuala Kedah diperintah oleh Sultan Ahmad Tajuddin sendiri yang berada di luar negeri untuk berlindung. Kubang Pasu diperintah oleh ayahanda saudaranyaTengku Anum , Perlis diperintah oleh Syed Hussain Jamalullail yang merupakan anak seorang peniaga dari Cenak, Patani dan Setul diperintah oleh Tengku Bisnu. Rakyat Kedah terpaksa mengiktiraf Keraiaan Siam dengan perlantikan Phra Phakdi Borirak sebagai Gabenor Kedah dan Phra Senanuchit sebagai timbalannya.

Pemerintahan Siam di Kedah mendapat tentangan dari Syed Zainal Abidin yang terkenal sebagai Tengku Kudin, anakanda saudara Sultan Ahmad Tajuddin yang telah mengumpulkan tenaga dan melengkapkan senjata lalu menyerang para pegawai Siam. Gabenor Siam Phra Phakdi Borirak di kedah terpaksa melarikan diri Singgora dan Kedah dapat dibebaskan kembali. Atas perintah Rama Ill maka Gabenor Ligor Phra Borirak Phubet telah mengerahkan tenaga tentera-tentera Siam dari Li gar, Pathalung dan Singgora untuk menyerang balas. Mereka juga dibantu oleh Inggeris di Puau Pinang walaupun dalam keadaan yang menyalahi Perjanjian burney 1826 yang ditandatangani bersama Inggeris-Siam. Serangan tentera Siam dengan kerjasama Inggeris ini telah dapat dipertahankan oleh Sultan Ahmad Tajuddin yang turut sama menyertai perjuangan itu hingga berjaya mengusir jauh orang-orang Siam lari ke Singgora.

Bangkok melihat perjuangan Kedah ini memberikan petanda yang membimbangkan. Oleh itu Gabenor Ligor telah mengutuskan Pesuruhjaya Phra Surin untuk mendapatkan bantuan ketenteraan dari Negeri Patani. Hanya orang-orang Melayu dari Patani Jalor, Legeh dan jering Yang bersetuju menyertai bantuan ini, manakala Reman dan Sai tidak bersetuju berbuat demikian. Angkatan orang-orang Patani telah diarahkan berjalan kaki menuju Singgora untuk bersatu dengan tentera-tentera Siam, tetapi ada yang berdegil kerana menyedari akan berhadapan dengan Orang-orang Melayu Kedah yang bersaudara itu. Dalam pada itu Sultan

Ahmad Tajuddin Kedah sudahpun membuat pakatan sulit dengan RajaRaja Melayu Patani. Gabenor Jering Nai Phya terus mengugut angkatan Patani supaya bersatu dengan Siam Singgora, namun pakatan sulit untuk membelot dan bergabung dengan orang-orang Kedah telahpun dirancangkan. Gabenor Singgora Phra Suntharanurak pula membuat pengaduan ke Bangkok yang mengatakan keengganan orang-orang Patani menyertai Siam Singgora kerana Persuruhjaya Phra Surin bertindak merampas barang-barang emas dan tembaga kepunyaan orang-orang patani .

Tentera-tentera Siam pula diletakkan di bawah prmerintahan 4 orang panglima mereka iaitu Phya Naronggritthikosa, Phya Rachawangsan, Phya Picaiburinthra dan Phaya Phectburi (Chao Phaya Yornmarat). Bagaimanapun angkatan bantuan orang-orang Patani telah berpaling tadah apabila sampai di Bukit Anak Gajah. Mereka telah bergabung dengan angkatan Kedah dan sama-sama menyerang Siam di Singgora. Angkatan Kedah telah dipimpin Oleh anakanda saudara Sultan Kedah iaitu Tengku Din bin Tengku Hitam. Oleh kerana Raja Patani Tuan Sulong dan adindanya Raja Jalor Tuan Kundur adalah anakanda saudara Sultan Muhammad I (1800-1835) dari negeri Kelantan maka angkatan bantuan pimpinan Bendahara Tengku Long Zainal (Raja Di Banggul). Raja Muda Tengku Long Ismail (Raja Kampong Laut) dan anakandanya Tengku Muhammad (Tuan Besar). Bantuan berupa ketenteraan juga dihantar Oleh Sultan MansurSyah II ( 1831-1836) negeri Terengganu pimpinan Panglima Tengku Idris, Panglima Gulam, Panglima Wan Kamal dan Panglima Ismail. Oleh yang demikian peperangan ini bukan hanya orang daripada Patani-Kedah malah turut disertai Oleh orang-orang MeIayu KelantanTerenggnu.

Inilah dikatakan peperangan paling dahsyat di antara orang orang Melayu umat Islam Patani,Kedah,Kelantan dan Terengganu yang merupalan penduduk pribumi Semenanjung. Mereka berjihad fissabillillah menentang tentera kafir Siam yang selama ini menggugat kedaulatan masing masing. Pertempuran berlaku dengan hebatnya di mana serangan orang-orang Melayu telah menghancurkan pertahanan pihak Siam yang kemudian terpaksa berundur dan bertahan. Ini menggesa pemimpin angkatan Siam mengirim surat pengaduan kepada Raja Siam Rama III menyatakan, orang-orang Melayu berjuang dengan semangat gagah berani yang bermati matian. Kami tidak berdaya lagi untuk memtahankannya.dengan kerana itu pihak siam terpaksa untuk memintan bantuan daripada raja rama III untuk meminta pertolongan.


SIAM MENGALAHKAN KEDAH PATANI KELANTAN TERENGGANU

Setelah kali pertama kedah berjaya untuk mematahkan serangan siam dengan bantuan daripada patani , kelantan dan terengganu ,kali ini pihal siam kembali semula untuk menyerang pakatan orang orang melayu ini .Dengan itu,Raja Siam Rama III menitahkan Chao Phraya Phrakhlang mengetuai armada laut yang mengandungi seramai 30.000 orang. Mereka bertolak pada hari Ahad 18 Mac 1832 dari Bangkok bergerak ke selatan membantu tenteranya berperang dengan orang-orang Mclayu. Pada 30 Mac 1832 kemudiannya, angkatan bantuan ini tiba di medan peperangan dan meletus lagi satu pertempuran yang dahsyat. Orang-orang Melayu berjuang dengan tidak menilaikan pengorbanan mereka dan akhirnya Tengku Din pemimpin angkatan Kedah terkorban pada 22 April 1832.

Ini menyebabkan strategi perjuangan mula membawa kepada perpecahan dan orang-orang Melayu berjaya digempur Oleh tenteratentera Siam. Raja Patani Tuan Sulong dan Raja Jalor Tuan Kundur bersama keluarga telah lari berlindung ke Kelantan. Raja Nong Cik Tuan Kecik dan Raja Iegeh Nik Diah pula berundur ke kawasan pendalaman di Ulu Patani. Mereka telah dikejar Oleh tentera tentera Siam lalu bertempur pula di daerah Belum dan mengakibatkan Raja legeh terbunuh di situ. Raja Nong Cik yang terselamat lari ke bahagian Ulu Perak. Sungguhpun Raja Reman dan Raja Saiburi, tidak terlibat secara langsung dalam pcperangan ini, namun mereka telah menyerah diri kerana rakyatnya juga dituduh menyertai peperangan dan kemudian telah dilantik semula memerintah negeri masing masing.

Kepulangan angkatan bantuan dan Kedah Kelantan dan Terengganu meninggalkan Patani menyebabkan Siam melakukan serangan dan telah bertindak menyiksa umat Islamnya. Penderitaan penduduk bandar Patani yang berjumlah 54,000 orang ketika itu, tidak ada pcmbelaan dari sesiapapun. Seramai 6.000 orang telah dibawa ke kota Bangkok sebagai tawanan perang. 4.000 orang menyelamatkan diri dan telah lari memasuki negeri Kedah. Perak. Kelantan, Terengganu, Pahang, Langkat di timur Sumatera dan seluruh kepulauan Nusantara .

Penjajahan Siam ke atas Patani serta tindakan agrerifnya mcnyebabkan negeri-negeri Melayu Semenanjung khususnya Kelantan dan Terengganu yang menghulurkan bantuan berada dalam keadaan membimbangkan. Sultan Muhammad Kelantan menghantar sepucuk surat menerusi wakilnya Che Jaafar dan Che Long menemui Chao Phraya Phrakhlang di Singgora menyatakan kesanggupan Kelantan membayar ganti rugi sebanyak 30,000 keping wang perak dan 20.000 keping wang perak Sepanyol menjadikan kesemuanya 50.000 wang perak. Dl samping itu baginda juga bersetuju menyerahkan anakanda saudaranya Raja Patani Tuan Sulong yang disifatkannya seorang pendurhaka dan Raja Jalor Tuan Kundur kepada tentera-tentera Siam pada bulan Septcmber 1832. Kelantan juga berjanji akan menghantar ufti Bunga Emas setiap tiga tahun sekali tanda pertuanannya pada Kerajaan Siam. Chaou Phraya Phrakhlang juga menghubungi Sultan Mansur Syah Terengganu menuntut supaya menyerahkan pahlawan-pahlawan Melayu Patani iaitu Panglima Muhammand, Panglima Damit, Pang Iima Ahmad dan Panglima Pik. Pada mulanya Sultan Terengganu berkeras tidak mahu menyerahkannya, tetapi apabila sebuah kapal perang Siam dihantar keperairan Terengganu mendesak pihak Inggeris di Singapura turut campurtangan, barulah para pejuang Islam Patani diserahkan.

Dengan serangan Siam itu Kedah berjaya diduduki semula oleh pemerintahan Siam.

Sultan Ahmad Tajuddin sekali lagi berada di luar negeri berlindung di Melaka. dengan alasan untuk melawat ke Deli. Sumatera. Baginda telah pergi ke Beruas Perak untuk mcngumpulkan senjata bagi mengadakan pemberontakan menentang Siam di Kedah. Pertahanan dalam negeri akan dibantu oleh anakanda saudara Tengku Muhammad Saad, Tengku Abdullah dan disertai oleh Wan Muhammad Ali dari Ujong Sanglang atau Puket. Serangan pemberontakan menerusi laut ini dilancarkan dalam tahun 1838 ketika Gabenor Ligor Phraya Siphipat dan Gabcnor Singgora berada di kota Bangkok untuk menghadiri upacara Di Raja Bonda Permaisuri Siam. Mendengarkan berita pemberontakan di Kcdah mcnyebabkan RaJa Siam Rama Ill menitahkan keduanya menghimpunkan tentera masing-masing untuk menyerang Kedah. Angkatan dari Bangkok yang berjumlah 500 orang pimpinan Chao Phraya Yom marat tiba di Singgora pada bulan April 1839 bersatu dengan 5.000 orang-orang Siam Ligor dan Senggora.


___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments