OLEH: Mohd Halmi Kg Gajah
Bagi menambahkan pendapatan, kerajaan Perak menggalakkan pedagang dari Pulau Pinang, datang ke negeri Perak dan membeli gajah di Perak.
Penjualan gajah kepada pedagang Pulau Pinang, sedikit sebanyak dapat menampung ekonomi negeri Perak ketika itu.
Pada tahun 1877, Sir Hugh Low Residen Perak yang keempat ada menyatakan tentang penjualan gajah di Singapura. Dia menyatakan sebanyak tiga ekor gajah akan dijual dengan harga $300-$375 dollar seekor, tetapi hanya dua ekor yang dapat dibawa kerana masalah pengangkutan(kapal). Seekor lagi akan dibawa kemudian hari.
Sir Hugh Low ada juga mengadakan urusan jual beli gajah dengan Haji Abu Bakar, kemungkinan besar dari Kedah. Dia pernah memohon tanah di utara Beruas kepada Sir Hugh Low untuk 200 keluarga yang berasal dari sempadan Kedah-Siam.
Dalam kenyataannya Sir Hugh Low menulis, Haji Abu Bakar ingin membeli gajahnya yang bernama Kulop Resa dan dia menjual gajah tersebut dengan harga $450 dollar.
Di hari yang lain pula, Haji Abu Bakar menawarkan gajah yang dibawa dari India oleh seorang kawannya kepada Sir Hugh Low. Haji Abu Bakar akan memilih gajah yang sesuai untuk Sir Hugh Low daripada 31 ekor yang dibawa dari India. Tidak lama selepas itu, Haji Abu Bakar membawa dua ekor gajah yang besar. Sir Hugh Low membayar $600 dollar untuk setiap gajah tersebut. Sir Hugh Low bercadang menggunakan seekor untuk mengangkut batu bagi pembinaan jalan raya. Seekor lagi akan dijual semula kepada pembeli yang lain.
Sumber: M.A. Fawzi Basri, Cempakasari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, Emily Sadka, MBRAS vol 27, no.4(168) The Journal of Sir Hugh Low, Perak 1877.
Gambar: FB Sham Aziz/ Kesoeltanan Alam Melayu
___________________________
~ Mohd Halmi Kg Gajah ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment