OLEH: Mohd Halmi Kg Gajah
Asal Usul Sunway Lagoon - Menggeluncur 1880an-
(Frank Swettenham) Kuala Kangsar, Perak.
Orang-orang Melayu Perak kadang- kadang bersukaria dengan sejenis kesukaan yang saya percaya hanya biasa di kalangan mereka sahaja. Sensasi baru ini tidak begitu diketahui oleh orang ramai. Maka inilah yang saya tawarkan kepada orang Barat yang ingin mencari keseronokan.Seramai seratus/dua ratus orang yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak mendaki satu bukit curam beratus-ratus kaki tingginya. Sehinggalah rombongan ini sampai pada sebongkah batu granit yang sungguh besar yang boleh menempatkan kumpulan orang-orang tadi. Di hulunya terdapat permukaan granit yang begitu licin enam puluh kaki panjang dan menjunam pada sudut 45 darjah. Di bahagian bawah batu itu terdapat sebuah danau yang amat menarik, empat kaki dalamnya.
Sekumpulan budak lelaki sudah pun memanjat batu yang curam dan licin, mereka sampai ke puncaknya, kemudian kaki mereka berlunjur ke hadapan, tangan sebagai pemandu. Serta merta mereka mula menggeluncur ke bawah sepanjang enam puluh kaki tinggi, mereka bergerak begitu laju dan terhumban ke dalam danau dan jatuh seperti batu.Orang-orang perempuan pada mulanya takut- takut untuk menggeluncur, dari separuh jalan sahaja. Kemudiannya makin berani dalam kumpulan berempat, berenam dan berlapan, tiap-tiap satu atau dua barisan, tiga atau empat, mereka bermula bersama-sama dan dengan gelak ketawa dan cuba-cuba hendak menolong antara satu sama lain, tetapi tidak berjaya. Mereka terjun merempuh masuk ke dalam danau yang sekarang sentiasa penuh dengan orang muda lelaki dan perempuan yang bergelutan dan menjerit-jerit keseronokan.
Kebiasaanya orang lelaki menggeluncur menggunakan upih pinang. Tetapi orang perempuan tidak mahu menggunakannya. Memang dinasihatkan supaya kita jangan berhati-hati sangat ketika menggeluncur dengan sekumpulan orang Melayu, kerana jika ada pun, bukannya letih kerana menggeluncur nescaya letih kerana mentertawakan orang yang menggeluncur. Daya tarikannya begitu luar biasa.
Sumber: Malay Sketches, Frank Swettenham
Perihal Orang Melayu, terjemahan, Zubaidah Ibrahim
Universiti Malaya.
___________________________
~ Mohd Halmi Kg Gajah ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________


Comments
Post a Comment