Kisah Dan Asal Usul Nama Negeri Kedah

OLEH: Freddie Aziz Jasbindar

Ada beberapa maklumat diceritakan secara lisan yang menceritakan tentang makna nama sebuah negeri di utara tanah air kita iaitu makna perkataan Kedah. Makna negeri Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah sebenarnya dikatakan berasal dari perkataan Kedat.





Nama dan perkataan Kedat ini membawa maksud dalam istilah sebagai kertas ataupun watikah dan dalam bahasa Thai pula, ianya disebut sebagai Kradat. Watikah yang digambarkan sebagai maksud kepada perkataan Kedat ini adalah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara.



Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya iaitu Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa untuk membuka sebuah kerajaan di Nusantara.

Ada juga yang menyatakan bahawa nama negeri Kedah ini sebenarnya berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Pihak British dikatakan telah cuba untuk menukar nama Kedah yang asalnya bermaksud Watikah kepada negeri Kedah yang membawa maksud Mangkuk Padi dan usaha-usaha tersebut bermula pada zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II (Sultan Kedah ke 19) lagi.


Imej dari sejarah.my

Sultan Kedah juga ada mencipta mata wangnya yang tersendiri dengan menulis Kedah dan Kapten Francis Light yang mana pada masa itu beliau sering kali buat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan negeri Kedah.

Hendak dijadikan cerita pada satu ketika, pihak British berjaya mengesan kelemahan yang ada dimana Kota Star pada masa itu dibawah jagaan Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwa dan pihak British berjaya menghasut Paduka Seri Sultan ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa baginda layak menjadi Raja Melayu di Nusantara.



Dalam tahun 1920 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke 26), negeri Kedah berada di bawah pengaruh British dan pada negeri Kedah mula mencipta benderanya yang tersendiri. Hal ini ada ditulis dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28 November 1981 hingga 2 Disember 1981.

Dalam tahun 1982, seorang penduduk kampung di Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi telah menemui beratus-ratus keping wang syiling keluaran empayar kerajaan Kedah Tua yang berusia beratus-ratus tahun dahulu.

Penemuan ini adalah penemuan yang amat penting dalam sejarah negeri Kedah dan negara Malaysia kerana kerana bukan hanya sekeping dua ditemui malah dalam sebuah botol yang dibuat daripada tanah masih lagi berada dalam keadaaan yang baik.


Imej dari atokfabregas.wordpress

Permukaan wang syiling yang dijumpai itu dibuat daripada perak yang dicampurkan tembaga dengan jelas menunjukkan tertulisnya negeri Kedah dan belakangnya tercatat nama Muhammad Shah. Keadaan wang syiling itu agak kekuning-kuningan dan berukuran kira-kira 15 mm dan berat puratanya ialah 1.9 gram.



Imej dari atokfabregas.wordpress




Tidak dilupakan juga tentang perihal lambang atau jata negeri Kedah yang asal dikatakan telah ditukar sewaktu dibawah pengaruh British daripada lambang bunga teratai kepada sebuah perisai tentera yang dicatat di dalamnya dengan perkataan Negeri Kedah.



Imej dari atokfabregas.wordpress



Rujukan:
Lindungan Bulan (m/s 22)


___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Sahabat PENA

Comments