OLEH: Muhammad Zamri
PARA pembesar negeri kemudiannya telah melantik dan menabalkan Raja Kuning anakanda kepada Raja Ungu dengan Sultan Abdul Ghafur Pahang yang telah bersuamikan Yang Di Pertuan Muda Johor menjadi Raja Patani. Baginda ialah Raja Patani yang ke 9 dan Raja Perempuan ke 4 merupakan wasiat terakhir keturunan Raja Seri Wangsa atau Cau Seri Bangsa yang memerintah Kerajaan Islam Patani. Raja Kunig telah menerima kembali gelaran Siam Phra Nang Chao-Yang atau Raja Nang Cyam serta menjalinkan polisi luar negeri berbaik-baik dengan Siam.
Baginda juga mempunyai sifat-sifat peribadinya yang tersendiri iaitu tidak suka membelanjakan hasil kerajaan dari cukai Perbendaharaan Negeri walaupun berhak melakukannya. Minat baginda terhadap bidang pertanian terbukti dengan produksi hasil tanaman bunga dan sayur-sayuran. Penghasilan inilah yang digunakan untuk berbelanja. Dalam bidang perdagangan pula Raja Kuning terkenal menjadi usahanita terpenting hingga keluar negeri. Sebuah Syarikat Perkapalan Diraja Patani telah ditubuhkan untuk meningkatkan taraf perdagangan ekonomi Patani sejajar dengan kedudukan pelabuhannya yang bertaraf antarabangsa. Barang-barang produksi yang di eksport menerusi syarikat ini dikendalikan oleh Nakhoda Sandang bergelar saudagar raja.
Kekayaan Raja Kuning ini bukan saja dari usaha gigih baginda sendiri tetapi juga harta pusaka peninggalan Sultan Muzaffar Syah, Marhum ke Siam dan Sultan Mansur Syah, Marhum Bongsu ayahandanya turut di warisi oleh baginda, ini temasuk harta kekayaan khazanah Perbendaharaan Patani yang dikumpulkan semasa pemerintahan bonda dan bonda saudaranya. Suatu hari Raja Kuning telah menyuruh orang mengumpulkan harta kekayaannya, Hikayat Patani menceritakan,
"Antara lima hari Peracau (Phra-Chao) kerajaan itu Percaupun menyuruh orang mengangkut hartanya itu, sudah itu ditimbun di hadapan balai penghadapan, tiga hari lamanya mengangkut harta itu. Setelah sudah habis harta itu, maka Peracaupun menyuruh memanggil Bendahara Datuk Sakur pada masa itu dengan segala menteri semuanyaberhimpun masuk mengadap Peracau. Maka titah Peracau kepada Bendahara dan segala menteri sekelian yang ada hadir mengadap Peracau. Inilah harta beta harta ini semuanya beta jadikan harta raja.
Dengan itu bererti kemuliaan hati baginda telah menyerahkan segala hasil mahsul negeri untuk dimiliknegarakan. Dalam tahun 1641, Raja Kuning telah mengadakan kunjungan ke kota Ayuthia ibu negeri Siam untukmenjalinkan hubungan kedua negara yangterjejas akibat peperangan.
Akan diceritakan dengan terperinci dalam hubungan patani-johor.nntikan………………………….
___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment