Raja Ungu VIII (1624-1635)

OLEH: Muhammad Zamri

RAJA Ungu iaitu bekas permaisuri Sultan Abdul Ghafur Pahang telah ditabalkan menaiki takhta Kerajaan Patani menggantikan kekandanya Raja Biru. Sebagai seorang permaisuri yang pernah menetap di Pahang selama 30 tahun, baginda lebih mendekatkan dirinya dalam hubungan negeri-negeri Melayu Semenanjung yang berkerajaan Islam serta bersikap memusuhi Siam hingga menimbulkan pertikaian yang berakhir dengan peperangan besar.Baginda juga menolak panggilan Phra Nang Chao-Yang atau Raja Nang Cayam tetapi telah mengisytiharkan dirinya sebagai Paduka Syah Alam. Baginda kemudian telah bertindak memutuskan pertunangan anakandanya Raja Kuning dengan putera Patalung dan menjodohkannya dengan Yang Di Pertuan Muda adinda Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677) Johor. lanya adalah bertujuan untuk memulihkan kembali hubungan diplomatik antara Patani dan Johor yang telah sekian lama bermusuhan. Rombongan seramai 3,000 orang Johor tiba di Patani dengan diketuai oleh pembesarnya bernama Idris yang telah disambut oleh Raja Megat dan Seri Maharaja Lela di pihak Raja Ungu Patani.

Ketika ini di kota Ayuthia iaitu ibu negara Siam telah berlaku satu perubahan politik pucuk pemerintahan apabila Raja Siam Intaraja II (Songtam, 1610-1624) meninggal dunia. Beliau kemudian telah digantikan oleh anakandanya Raja Jetta (1628-1630). Raja yang baru ini hanya sempat memerintah selama dua tahun saja dan digantikan oleh Raja Atityanong pada tahun 1630. Belumpun sempat beliau memerintahsepupu Raja Jetta iaitu Phya Sri Worawong telah melakukan rampasan kuasa dengan pertolongan Jepun dibawah pimpinan Yamada Nagamasa.Mereka telah menunjukkan kezaliman dengan bertindak membunuh semua keluarga Raja Atityanong. Baginda kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Prasart Tong atau Raja IstanaEmas. Di Patani, Raja Ungu enggan mengiktiraf pertabalan PrasartTong sebaliknya menolak penghantaran ufti Bunga Emas dan mengisytiharkan bahawa Patani adalah bebas dari naungan pertuanan Siam. Pihak Ayuthia telah mengumumkan perang terhadap Patani yang dikatakan telah mengadakan pakatan tentera dengan Portugis.

Sebagai mengatur awal dalam tahun 1631 , Raja Ungu telah menghantar tentera Islam Patani menyerang Patalung yang bersempadan dengan Ligor. Mereka juga berjaya menawan dua buah kapal Siam yang sedang dalam pelayaran menuju ke Betawi dengan membawa tujuh orang anak kapal berbangsa Jepun termasuk dua orang pedagang persendirian Belanda. Melihatkan kejayaan orang-orang Melayu Patani , Gabenor Ligor pula turut mengisytiharkan negerinya bebas dari pertuanan Siam dan enggan mengirim ufti Bunga Emas kepada Kerajaan Ayuthia. Bagaimanapun Siam berjaya menduduki semula Ligor dengan melantik Yamada Nagamasa sebagai Gabenor Ligor tetapi beliaujuga turut terbunuh dan digantikan oleh adiknya. Untuk menghantar Gabenor yang baru, Siam terpaksa meminta perlindungan bantuan dari Belanda bagi mengelakkan kapal mereka ditawan lagi oleh orang-orang Patani. Menyedari suasana pertikaian yang boleh mencetuskan sebarang ancaman keselamatan, Raja Ungu dalam tahun 1632 telah menyuarakan pakatan tentera bersama yang lebih luas antara Patani-Johor-Belanda-Kemboja-Jambi-Inderagiri Tujuannya ialah untuk menentang kuasa Portugis-S epanyol yang semakin menggugat di rantau ini.


___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments