OLEH: Muhammad Zamri
SEWAKTU sultan Muraffar syah dan adindanya Raja Mansur berperang di negeri Siam, suami saudara tengah Raja Aisyah, Bendahara Raja Jalaludin telah memangku pentadbiran kerajaan Patani. Apabila adinda bongsu selamat pulang ke Patani baginda telah ditabalkan dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Baginda mempunyai dua orang putera dan empat orang puteri, puteri sulung bernama Raja Hijau, kedua Raja Bima ketiga Raja Ungu, yang kelima meninggal dunia ketika berusia 5 tahun (anaknya dengan Raja Emas Kercacang) dan puteranya bernama Raja Bima anak gundik dan putera bongsu bernama Raja Bahadur, Pada anakandanya yang meninggal sewaktu kecil baginda amat mengasihinya lalu dimakamkan berhampiran istana dan batu nisannya pula diperbuat daripada emas. Selama 40 hari dilarang orang menumbuk, kononnya terganggu akan paduka anakanda, barang siapa yang hendak menumbuk mestilah pergi ke Sungai Pandan ataupun digiling saja dengan batu. Anakandanya Raja Bahadur pula dikumpulkan semua anak-anak menteri yang orang kaya dijadikan pengasuh, anak orang Pegu bernama Along Ini pandai menilik nasib juga dijadikan pengasuh dan Wan Jaharullah cucunda Tok Raja Seri Faqih juga dilantik sebagai pangasuh raja. Anakanda perempuan ketiga Raja Ungu bersuamikan sultan Abdul GhafurMohaiden Syah(1590-1614) memerintah negeri Pahang.kemudian Bendahara yang menetap di Sai Raja Jalaludin telah meninggal dunia da isterinya Raja Aisyah telah dibawa pulang menetap di istana. Mereka tidak dikurniakan anak tetapi memelihara anakanda saudaranya raja patik Siam, mengambil sempena nama ayahandanya Sultan Muzaffar Syah.Sultan Mansur Syah walaupun sudah menerajui pemerintahan Kerajaan IslamPatani merasakan perlunya hubungan diplomatik antara kerajaan patani dengan Kerajaan Ayuthia dipulihkan. Hubungan yang terjejas ini lambat Laun akan mendatangkan keruncingan kerana Siam yang terkenal sebagai kuasa penjajah sentiasa memberi ancaman kepada negara jiran .Menyedari hakikat ini baginda tercari-cari siapakah yang untuk memikul tanggungjawab sebagai perutusan ke Siam tersebut.di kalangan para pembesar negeri begitu khuatir akan dihantar ke kota Ayuthia, akhirnya Wan Muhammad anakanda Tok Raja Seri Faqih dipilih perwakilan Patani mengadap Raja Siam. Pada hari beliau berangkat untuk belayar itu Wan Muhammad telah dikurniakan persalinan pakaian dan gelaran orang kaya seri agar diraja.. setelah beberapa lama dalam pelayaran akhirnya Wan Muhammad tiba di kota Ayuthia dan disambut Olch Phrakhlang serta dibawa masuk mengadap Raja Siam Maha Tamaraja (1569-1590) untuk mcnyampaikan surat rasmi Raja Patani. Setelah 20 hari berada di negeri Siam dan berjaya menjalinkan semula hubungan diplomatik Patani-Siam, Wan Muhammad bermohon pulang bersama jawapan rasmi Raja Siam Maha Tamaraja. Setelah tiba di Patani beliau telah disambut meriah. Sultan Mansur Syah sendiri tunduk mencium kepala Wan Muhammad seraya berkata, ''Aku melihat Muhammad kembali dengan selamatnya ini seperti aku melihat saudaraku di Siam itulah hidup semula.
Setelah memerintah hampir lapan tahun, suatu hari Sultan Mansur Syah jatuh gering dan menyampaikan wasiatnya,"Apabila nurmala bunga di peraduan, Sultan Patik Siam disuruh tabalkan.' Baginda mangkat setelah memerintah dengan adil dan dikasihi Oleh segenap lapisan rakyat jelata. Baginda dikenali sebagai Marhum Bongsu.
___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment