Interaksi Kepelbagaian Budaya Dan Bangsa

OLEH : Abu Amru Radzi Othman

Beberapa tahun dahulu pernah ditulis tentang pembauran budaya dan bangsa namun hanya sekitar akomodasi, asimilasi dan akulturasi.

Dalam interaksi antara masyarakat berbilang kaum di sebuah wilayah, akan berlaku pembauran antara mereka.

Biasanya hubungan yang berlaku di dunia ini adalah tiga hal diatas (akomodasi, asimilasi,
akulturasi) dan dua hal lagi: amalgamasi dan segregasi.



AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari sertamenghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Rumusnya seperti ini:

A + B + C = A + B + C




AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Rumusnya adalah:

A + B + C = D



AKULTURASI

Akulturasi merupakan proses penerimaan dan pinjam meminjam usur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza. Rumusnya dapat ditulis:

A + B = AB




ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman. Secara asas, dapat dirumuskan seperti ini:

AB + CD = AD + CB

Asimilasi terbahagi kepada dua iaitu asimilasi struktur dan asimilasi budaya.

Asimilasi budaya adalah satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Rumusnya seperti ini:

Ab + B + C = Ab + Bb+ Cb

- A : kelompok etnik majoriti
- B + C : kelompok etnik minoriti
- b : budaya

Asimilasi struktur pula ialah apabila kelompok minoriti menyertai institusi utama. Rumusnya dapat ditulis seperti ini:

Ai + B + C= Ai + Bi + Ci

- A : kelompok majoriti
- B + C : kelompok etnik minoriti
- i : institusi



SEGREGASI

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan suatu ras dari bergaul dengan ras lain. Contohnya adalah dasar Apertheid di Afrika Selatan dan kaum Dalit di India melalui sistem Kasta. Mungkin dapat ditulis rumusnya seperti ini:

A + B = A - B


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments