Siam Mengalahkan Patani - 1785

OLEH: Muhammad Zamri


MENJELANG akhir abad ke 18 kuasa Siam yang baru(rama I) telah memberikan ancaman ketenteraan arah ke selatan. Dua buah negeri Melayu berkerajaan Islam iaitu Patani dan Kedah berada dalam kebimbangan kerana didakwa menjadi naungan zaman Sukhotai lagi. Sebaliknya atas perbezaan dari segi keturunan, kepercayaan, bahasa dan kebudayaan telah menyebabkan orang-orang Melayu di kedua buah negeri merasa terlalu asing berada di bawah pemerintahan Siam. Kesan yang nyata hanyalah Siam mempunyai kuasa politik yang cukup untuk menunjukkan cengkaman penjajahannya terhadap raja-raja Melayu Patani dan Kedah. Ini akan menambahkan lagi kejayaan Siam ketika negeri negeri berkenaan menghadapi zaman kemerosotannya.

gambar dibawah merujuk kepada rama1 yang yang
 mengarahkan serangan
 ke atas patani pada era pemerintahan beliau
Sewaktu kota Ayuthia ditawan oleh tentera-tentera Burma contohnya dalam tahun 1767, negeri-negeri Melayu jajahan Siam seperti Ligor Patalung dan Singgora mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan kemerdekaan dari kuasa Siam. Namun begitu apabila General Chakri berkuasa semula, angkatan tenteranya telah dihantar ke selatan sehingga mendesak GabenorLigor, Patalung dan Singgora bersama keluarga masing masing lari berselindung di negeri Patani. Angkatan Siam ini terus memburu hingga ke Tiba iaitu sempadan negeri Patani-Singgora. pada bulan Disember 1769 mereka menghantar perutusan mengadap sultan muhammad patani mendesak penyerahan pelarian politik dari ligor,patalung dan singgora serta akan menyerang patani jika tidak memenuhi tuntutan mereka. Akhirnya kesemua mereka terpaksa diserahkan kepada angkatan siam memandangkan amaran tersebut boleh menimbulkan ancaman keselamatan.

Sekitar tahun 1776 sekali lagi angkatan Burma muncul memberikan tekanan terhadap kawasan utara Siam. Keadaan ini menggesa Phya Tak Sin menghantar perutusan bantuan berjumlah 80000 bath dari negeri Patani, Kelantan dan Trengganu tetapi menemui kegagalan. Berikutan dengan itu dalam tahun 1784 tentera-tentera Burma menyerang ke arah selatan mengancam ligor dan Ujong tentera Sanglang Puket. Raja muda maha surasinghhanath memimpin tentera armada laut bersatu dengan orang siam ligor untuk menggempur tentera-tentera Burma. Setelah mereka beroleh kejayaan armada laut Siam ini telah belayar ke Singgora dan dari sini mereka menghantar perutusan ke Patani dan Kedah supaya memperbaharui penghantaran ufti Bunga Emas sebagai tanda kesetiaan terhadap kerajaan Bangkok yang baru ini.

Keengenan Sultan Muhammad Patani untuk memperbaharui kesetiaannya itu telah tentera-tentera Siam dibawah pimpinan Raja Muda telah mengarahkan panglimanya seperti Phraya Kalahum , Maha Uparat,Phaya Senaphuthon dan Gabenor Siam Patalung yang berpengkalan di Singgora untuk melancarkan serangan ke atas Patani untuk kali kelima . Ketika ini Patani berada dalam suasana politik dan sistem pertahanan yang begitu lemah. Namun begitu dalam keadaan kelemahan ini tentera-tentera Siam terus memberi tentangan. Serangan dari laut dilancarkan bermula pada bulan Julai 1786 tanpa menerima sebarang tentangan hebat di daerah Jering menyebabkan pertahanan di darat dapat ditembusi. Menurut suatu sumber, seorang pegawai istana Patani bernama NAI CAN THONG Yang berketurunan Siam Ligor yang selama ini mendapat kepercayaan Sultan Muhammmad Patani telah membocorkan rahsia pertahanan Patani kepada Phraya Kalahum. Oleh itu Phraya Kalahum mengarahkan Palatcahana dari Singgora supaya menghantar beberapa buah kapal perang membantu Maha Uparat yang sedang menerima tentangan. Tentera Siam terus mara hingga ke Pintu kota istana dan berjaya menawan tiga pucuk meriam besar yang selama ini menjadi harapan tentera istana Patani. Berita bemangkatan Sultan Muhammad yang telah menjadi sasaran bedilan musuh kafir telah melemahkan perjuangan umat Islam Patani. Menerusi pengalaman peralatan senjata yang lengkap dan dibawah pimpinan seorang panglima yang berkebolehan tentera-tentera penjajah Siam telah berjaya menakluki seluruh negeri Patani pada bulan November 17864

Dengan kekalahan Patani buat pertama kalinya dalam serangan kali kelima ini barulah bumi Patani dapat dijajah oleh Siam. Fenomena ini akan dikenang sepanjang masa oleh rakyat Patani yang dijajah hingga ke hari ini. Penawanan Patani ini telah dapat memenuhi cita-cita dan dendam politik raja-raja negara Gajah Putih. Kejayaan ini memaksa umat Islam Patani menerima hukuman perang yang amat menyedihkan hingga mencabar lunas-lunas kemanusiaan dan kesucian agama Islam. Tentera tentera Siam yang merayakan kejayaan mereka telah menzalimi orang orang Melayu dengan berbagai-bagai kekejaman. Sir Francis Light yang baru tiba di Pulau Pinang, menulis surat yang bertarikh 12 Septem ber 1786 kepada Gabenor Jeneral Lord Cornwallis di India melaporkan kekejaman tentera Siam yang menjajah Patani. Menurut laporan itu, kaum lelaki, perempuan tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa telah diberkas dan kemudian dilambung ke atas tanah lalu dipijak sampai mati oleh sekumpulan gajah. Menurut catatan pada tahun 1780, kekejaman ini telah menyebabkan 15,000 daripada 90,000 oran penduduk Patani telah melarikan diri penempatan di sepanjang sungai muda, Kedah. Pada awal bulan Ogos, Maha Uparat telah memberi amaran kepada Sultan Kedah, Abdullah Mukarram Syah (1778-1789) supaya jangan melindungi pelarian Patani. Setelah beberapa bulan bermaharajalela, Phraya Kalahum telah menyusun semula pentadbiran negeri dengan mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Rama I kemudiannya menitahkan Maha Uparat supaya mengundurkan tentera Siam dari Patani bersama kepulangan mereka ialah sejumlah besar harta rampasan perang iaitu sepucuk meriam besar Seri Patani dan seramai 4,000 orang tawanan untuk dijadikan hamba.

Kekalahan Patani menimbulkan kebimbangan kepada negeri melayu semenanjung .keadaan ini menggesa Sultan Abdullah Kedah menjemputt Sir Francis Light sebanyak beberapa kali untuk membincangkan masalah pelarian Patani dan keselamatan negeri Kedah. Pada 24 November 1786, Kedah menghantar utusannya iaitu, Datok Syahbandar ke Pulau Pinang untuk merundingkan soal pertahanan dan ancaman luar. Sebaliknya Light terus menolak kerana tidak mahu campurtangan dalam pertikaian tempatan.Perasaan kebimbangan juga disuarakan oleh Sultan Mansur Syah I (17331793) dari Tengganu yang mengutuskan surat pada bulan November 1786 kepada Francis Light meminta bantuan keselamatan daripada Inggeris. Pada 24 Februari 1787 sekali lagi Sultan Trengganu menghantar surat tetapi kali ini kepada Kapten James Glass. Baginda menawarkan peluang perdagangan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris di Terengganu.



___________________________
~ Muhammad Zamri ~
Sahabat PENA

Comments