OLEH: Taufiq Tuah
Perahu Katir ialah perahu yang banyak digunakan oleh bangsa rumpun Melayu. Akhirnya teknologi Perahu Katir ini dicedok ke dalam budaya luar rumpun Melayu malah dimodenkan. Sehingga lah barat menamakannya dengan nama 'Outrigger Canoes'. Jadi apakah yang menarik ada pada Perahu Katir sehingga bangsa lain juga mengambil faedah daripada teknologi rumpun Melayu ini?
Sebenarnya ada yang merekodkan bahawa Perahu Katir ini muncul sekitar tahun 4000 SM. Perahu ini menjadi salah satu kenderaan penghubung terpenting bagi rumpun Melayu. Wilhelm Solheim berpendapat bahawa inovasi perahu katir ini bermula dari kawasan sekitar Pulau Sulawesi.
Perahu katir ialah sejenis perahu yang mempunyai pengimbang di sisinya yang bersifat seperti pelampung bertindk sebagai 'Bouyancy Force'. Ada yang meletakkan pengimbang hanya pada sebelah sisi dan ada juga yang mempunyau di kedua-dua sisi.
James Hornell di dalam bukunya, 'Water Transport', 1946 mengatakan "perahu katir ini tidak pernah ditemui di luar sempadan wilayah yang telah dijelajahi atau dihuni oleh orang-orang pulau yang telah belayar dari Indonesia ke timur dan ke barat, iaitu di seluruh kawasan khatulistiwa Indo Pasifik"...
Perahu yang mempunyai satu pengimbang lebih sesuai digunakan di lautan luas. Kebiasaannya perahu yang hendak digunakan untuk perjalanan jauh akan diletakkan layar. Jika tidak, maka cukup sahaja pendayung sebagai alat menjalankan perahu.
Kepandaian orang rumpun Melayu dalam bidang maritim sebenarnya telah pun mencapai tahap yang lebih mengejutkan apabila sebenarnya orang kita juga lah yang telah menginovasikan 'Jong'.
Daripada invoasi ini lah orang Melayu akhirnya mencipta perahu dengan dua badan. Akhinya dapat imbangan apung yang sama dan menambah keluasan dalam perahu.
Konsepnya sama seperti gabungan dua perahu kecil ini.
Inovasi Perahu Katir ini terus bergerak tanpa sebarang sempadan idea teknologi.
Sehinggalah pada hari ini kita melihat banyaknya kapal-kapal moden yang sebenarnya dipengaruhi dengan teknologi rumpun Melayu ini.
Rujukan:
1. Tamadun Alam Melayu, Mohd Arof Ishak, 2015
2. math.nud.edu.sg
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________







Comments
Post a Comment