Gelaran-Gelaran Yang Dipakai Di Dalam Negeri Kedah

 OLEH: Raja Adley Paris





Ada empat darjat. Darjat yang pertama (Paduka); darjat yang kedua (Maha); darjat yang ketiga (Seri); darjat yang keempat (Raja). Maka gelaran kepada saudara-saudara Sultan yang lain daripada Raja Muda itu. Darjat yang pertama (Paduka Seri Maharaja Adinda); darjat yang kedua (Maharaja Adinda). Maka gelaran kepada Bendahara atau Wazir al-Adzam itu (Paduka Seri Maharaja) yang dinamakan Menteri Tunggal. Maka gelaran kepada Menteri-menteri empat itu dengan tiga darjat atau dua darjat.
Maka gelaran kepada Laksamana itu (Paduka Seri Raja). Gelaran kepada Temenggung itu (Paduka Maharaja). Gelaran kepada Menteri yang menjaga perkara luar itu (Seri Maharaja). Gelaran kepada Menteri yang jaga di dalam negeri itu (Seri Paduka Tuan). Maka gelaran kepada Menteri-menteri delapan itu dua darjat atau satu darjat sahaja. Hakim Besar (Paduka Seri Wangsa); Menteri yang menjaga khazanah itu (Paduka Raja), Kapit Temenggung atau Temenggung yang kedua itu (Paduka Maha Menteri); Kapit Laksamana atau Laksamana yang kedua itu (Seri Ari Raja); Ketuha yang menjaga Kota Istana itu (Maharajalela); Kadi Syara’iyah itu (Maharaja Kadi); Shahbandar itu (Raja Lela Mahkota); Hulubalang Laut itu (Raja Pahlawan); Ketuha-ketuha yang memerintah kenaikan laut itu (Raja Sia [sic Setia] Usaha) atau (Seri Indera Segara); Ketuha-ketuha yang memerintah kenaikan darat (Raja Jaya Indera). Maka seperti ketuha-ketuha mukim itu dinamakan dengan (Sang) maka darjat yang kedua dinamakan (Tun).

Nota : 
1. Naskhah Jawi ditransliterasi oleh Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin.

SUMBER
Wan Yahya bin Wan Mahamad Taib. (1329H). Salasilah atau Tarekh Kerja-an Kedah. Alor Star: British Malaya Press Limited. hlm. 29-30.


[Legasi Pemikir - LEKIR]




Comments