OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1. Ingat lagi tak tulisan aku Mei 2019 rituh? Garisan biru muda tuh kawasan yang dikuasai oleh LNA atau Tentera Kebangsaan Libya (Di bawah pimpinan Marshal HAFTAR, tentera yang baik). Kawasan garisan hijau tuh kawasan yang dikuasai oleh ISLAMIS atau kerajaan wifaq watani yang pro pengganas.
2. Kesialan Turki memang buat aku bertambah benci. Khamis baru-baru ini, 2 Januari 2020, turki yang berangan dengan nostalgia uthmaniahnya bersetuju hantar tentera ke Libya. 325 ahli parlimen sokong, dan 184 menolak.
3. Sejak perkara ini diumumkan, MESIR bagi ingatan bahawa mereka tidak akan berdiam diri. Sempadan Mesir - Libya (bandar AL SALLOM) dikawal ketat dari udara, laut dan darat.
4. Beberapa portal di Mesir memberikan update setiap masa perkembangan keluar masuk penerbangan di MISRATAH sebagai pintu masuk tentera Turki ke Libya.
5. Hari ini, 6 Januari 2020, Tentera Kebangsaan Libya berjaya menguasai bandar SURT dalam masa tiga jam sahaja. Ini bermakna, SIRAJ sekutu ERDOGAN hilang satu wilayah penting dalam LIBYA dan turut dilaporkan kereta2 perisai Turki turut ditawan.
6. Kenapa SURT penting? Ia penting kerana di sana terdapat Kabilah paling penting dalam keseluruhan barat Libya.
7. Selama ini siapa jaga SURT? Satu kumpulan tentera tempatan yang bernama BATOLION 604 yang menjaga keamanan SURT. Apabila Turki masuk campur, penduduk tempatan tidak menerima dan tentera mereka menyertai LNA mulai hari ini.
8. Bagaimana ia berlaku? Ini berlaku apabila serangan bertubi-tubi di SURT oleh LNA terhadap tentera kerajaan WIFAQ WATANI yang berakhir dengan kekalahan tentera WIFAQ dan PENGKALAN TENTERA AL QARDHABIAH yang amat strategik untuk logistik ketenteraan jatuh ke tangan LNA.Maka, tentera tempatan BATALION 604 menyertai LNA.
9. Serentak dengan itu, Pelabuhan SURT juga dikuasai oleh LNA.
10. Ini bermakna, kerajaaan WIFAQ WATANI pimpinan SIRAJ pro ISLAMIS dan Turki kehilangan wilayah SURT dan mereka bakal berdepan dengan kemaraan LNA di Misratah dan seterusnya TRIPOLI.
11. Bukankah selama ini pelbagai pihak mahu pergolakkan di Libya diselesaikan melalui rundingan? Campur tangan Turki menyemarakkan lagi perang saudara ini.
12. Tapi yang pasti, bukan menguntungkan Turki dan sekutungan WIFAQ WATANI pimpinan Siraj, tapi LNA akan terus mara membebaskan LIBYA dari pengganas yang bertopengkan dan salah guna nama “ISLAMIS”.
13. Selain kereta Perisai Turki dirampas, beberapa orang pegawai tentera Turki turut berjaya ditawan.
SELAMATKAN LIBYA DARI SIRAJ DAN TURKI BERMAKNA SELAMATKAN LIBYA DARI DAESH.
47 buah KERETA PERISAI buatan Turki berjaya ditawan dan dirampas oleh LNA di SURT
Rakyat Surt sambut baik penguasaan LNA.Cucu Uthmaniah Erdogan hanya boleh berangan2 nak disambut sebegini sebaik sahaja tentera Turki dan sekutu mereka KERAJAAN WIFAQ masuk ke Kota Surt !
___________________________
Mohd Faizal Sabhon
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________


Comments
Post a Comment