OLEH: Shahrin Debu
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British di Tanah Melayu kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946 - 1948).
Apa kerjanya?
Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau serta membunuh rakyat Palestin.
Ketika Henry Gurney bertugas di Palestin, berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin semasa kemuncak keganasan Zionis Haganah dan Irgun.
Peristiwa "Deir Yassin" (April 1948) yang meragut nyawa wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Kemudian dia datang ke Tanah Melayu pada September 1948!!
Malangnya, namanya disanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan dengan nama Henry Gurney. Bahkan tempat dia dibunuh pun diberi papan tanda.
Apakah jasanya di sini? Dia dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah dan dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!
___________________________
Shahrin Debu
Belalang Post - Federasi Sejarah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________

Comments
Post a Comment