OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Rumah jenis ini pada masa dahulu hanya didiami oleh para raja dan kaum kerabatnya sahaja.
Perlu diketahui bahawa pada zaman dahulu segala rumah yang dibina adalah menggunakan bahan kayu.
Jika rumah itu milik bangsawan atau para saudagar serta orang kaya maka kayu yang diguna adalah Kayu Ulin atau nama lainnya Kayu Belian. Atapnya juga menggunakan Atap Sirap yang dibuat dari Kayu Ulin.
RUMAH GAJAH BALIKU
Rumah Gajah Baliku yang modern ini menjadi kediaman rasmi Wali Gabenor Kalimantan Selatan.
Rumah jenis ini hanya didiami oleh pengganti raja pada zaman Kesultanan Banjar.
RUMAH ANNO 1925 - JENIS BANGUN GUDANG
Rumah Bangun Gudang 2 tingkat yang dibina di pinggir Sungai Martapura ini asalnya milik Haji Abdul Gani Kamar, seorang saudagar asal Kampung Sungai Jingah.
Setelah rumah besar ini siap maka dipahat tarikh pembinaannya: anno 1925. Khabarnya juga tanggal 1334 hijriyah turut dipahat namun yang masih tersisa hingga kini adalah tarikh Latin.
Kata 'anno' itu adalah dari bahasa Latin yang bermaksud tahun lalu rumah besar berusia 95 tahun ini terus dikenal sebagai Rumah Anno 1925.
Setelah diambil alih oleh kerajaan Indonesia dari keturunan Haji Abdul Gani Kamar maka dilakukan pembaikan sehingga rumah tersebut indah kembali.
Rumah besar ini adalah jenis Bangun Gudang dengan 2 lantai. Type rumah ini dibina oleh para pedagang sahaja. Hal ini kerana dalam budaya Banjar, masyarakat membangunkan rumah berdasarkan taraf sosial dan jawatan mereka sehinggakan terdapat 12 jenis rumah dalam masyarakat Banjar.
Setelah siap dibaik pulih maka ia dijadikan tempat menjual kraftangan masyarakat setempat
RUMAH GAJAH MANYUSU
Rumah ini hampir sama dengan Rumah Gajah Baliku cuma perbezaan yang paling jelas adalah di bahagian atap depan yang menggunakan Atap Perisai Buntung (Atap Hidung Bapicik).
Gajah Manyusu diberi nama kerana adanya
sengkuap iaitu atap tambahan di bahagian sisi atau belakang rumah. Keadaan ini seolah-olah anak gajah yang sedang menyusu kepada induknya.
Sebenarnya rumah ini pada zaman awal dibina untuk keturunan sultan garis pertama atau kedua sahaja iaitu para pegustian. Kemudian ia banyak dipakai oleh para saudagar dan orang kaya.
Ada beberapa jenis rumah Gajah Manyusu seperti:
(1) Rumah Gajah Manyusu Ba'anjung Dua
(2) Rumah Gajah Manyusu Ba'anjung Pisang Sasikat
SENARAI RUMAH ADAT BANJAR
(1) Rumah Bumbungan Tinggi
(2) Rumah Gajah Baliku
(3) Rumah Gajah Manyusu
(4) Rumah Palimasan
(5) Rumah Palimbangan
(6) Rumah Balai Laki
(7) Rumah Balai Bini
(8) Rumah Tadah Alas
(9) Rumah Cacak Burung @ Anjung Surung
(10) Rumah Limasan @ Bulat @ Joglo Gudang
(11) Rumah Bangun Gudang
(12) Rumah Cara Obos
(13) Rumah Lanting
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
(3) Rumah Gajah Manyusu Ba'anjung Ambin Sayup


Comments
Post a Comment