OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Khabarnya kata 'biru' adalah kata yang agak lewat muncul dalam Bahasa Melayu. Walaupun begitu, dikhabarkan bangsa kita menggunakan istilah lain untuk menggambarkan warna biru.
Antara istilah yang sempat dijumpai adalah 'Hijau Laut' yang zaman sekarang orang Melayu mengenalinya sebagai Biru Laut.
Antara bahan semula jadi untuk menghasilkan warna biru oleh masyarakat kita pada zaman dahulu adalah:
I. Pokok Nila / Pokok Tarum (Indigofera tinctoria)
II. Rengat Padi / Tarum Akar (Marsdenia tinctoria)
III. Bunga Telang (Clitoria ternatea)
Satu hal yang masih menjadi misteri adalah kenapa bangsa kita pada zaman dahulu memanggil 'Hijau Laut' untuk suatu nuansa warna yang tidak ada kedekatan langsung dengan warna nila atau biru?
Mungkin kata hijau itu pada zaman dahulu dapat diguna untuk pelbagai warna yang lain. Mungkin. Contohnya dalam bahasa Banjar, sempat ditemukan tiga nama warna hijau:
I. Hijau Hubi (hijau ubi) = unggu pudar
II. Hijau Hintalor Itik (hijau telor itik) = biru pudar
III. Habang Hijau (merah hijau) = merah padam
Gambar: Tarum Akar / Rengat Padi
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment