Mengapa Pihak Berkuasa Seakan Bias

OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya.

Tokoh besar Bank Negara pun dah kena siasat SPRM. Sebelum ni rasa sukar untuk beliau disiasat dek kerana pengaruh dan jasa beliau yang besar kepada negara. 

Takkan penceramah tukang karut dan khurafat penunggang meja ceramah agama yang asasnya tiada apa-apa jasa atau pengaruh buat negara macam Mohaizad, pihak berwajib Kelantan belum boleh ambil apa-apa tindakan?

Jenayah rasuah dan salah guna kuasa adalah jenayah yang berat kerana ia mudharat pada negara. Namun jenayah salah guna kerusi ceramah agama untuk sebar ajaran karut marut juga mudharatnya besar bahkan lebih besar di sisi Islam. Ia boleh menyesatkan ummah membawa kepada kedangkalan akal pemikiran mereka. 

Apatah lagi manusia lebih mudah bertaksubkan batang tubuh penceramah agama berbanding tokoh-tokoh bidang lain. Maka wajib dilipatgandakan tindakan mencegah kehancuran yang dibawa dari agamawan-agamawan palsu yang menunggang kerusi-kerusi ceramah. Rosak otak rakyat dengan agama palsu lebih jauh memudharatkan berbanding negara kehilangan beratus juta ringgit hasil dari salah guna kuasa.

Salah guna kuasa dan rasuah adalah kesalahan yang semua lapisan masyarakat imani dosanya. Namun salah guna agama kita selalu lihat ramai rakyat yang terperdaya untuk memujanya sebagai agama yang benar.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) wajib ambil tindakan untuk mengamankan negeri Kelantan dari dakyah Mohaizad dan yang seangkatan dengannya. Ahli politik tak wajar salah guna kuasa untuk tekan jabatan agama dan apa-apa jabatan kerajaan pun. 

Jika ada ahli politik yang menekan jabatan dalam urusan menghentikan aktiviti Mohaizad, saya doakan agar Allah tarik kuasa politiknya secepat mungkin. Moga beliau rehat dari politik agar rehat dari dosa bersekongkol dengan tukang karut bertopengkan agamawan.

AHMAD FAZRIN YAHAYA
Anak jati Kelantan Negeri Membangun Bersama Islam





Comments