Haluan Kiri

 OLEH: Taufiq Tuah




Politik haluan kiri yang diketahui umum ialah pandangan politik dan ekonomi yang tak sejajar dengan arus perdana (kanan). Contoh 'key words' bagi haluan kiri ialah Komunis, Facist, Sosialis dll.

Saya ada pandangan. Alhamdulillah selepas banyak berjalan. Apatah lagi apabila bekerja mengambil Lamb Shanks Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat, terus bawa turun ke Nilai, Sepang, Ampang, Cheras, Putrajaya dalam sehari demi kepuasan pelanggan. Pastilah luas perjalanan. Nak join order trip link di sini: http://www.wassap.my/01110647891/OrderLambShanksB

Pandangan saya mengenai politik haluan kiri ini ialah, kiri ialah 'kanan' yang satu lagi. Kerana, takrifan 'siapakah haluan kiri' sebenarnya bersifat subjektif. Di Malaysia, yang berhaluan kiri ialah sosialis. Tapi mungkin di Korea Utara sosialis ialah haluan kanan.

FITNAH KE ATAS HALUAN KIRI
Sebenarnya golongan kiri mudah dipukul rata. Apatah lagi di era hujung sebelum kemerdekaan Malaya dan di era awal kemerdekaan Malaya. Orang² Melayu berhaluan kiri berjuang pada awalnya bersama UMNO.

Sehinggakan bendera UMNO pun turut dibincangkan bersama mereka. Ada beberapa isu kemudiannya yang membuatkan mereka keluar. Wujudlah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang tidak kurang nasionalisnya berbanding UMNO.

Lahirlah pula sayap-sayap PKMM seperti API dan AWAS. Maka yang dilihat sejajar di sini ialah PKMM, API dan AWAS yang mana pendirinya ialah orang Melayu.

Namun pihak berkuasa ketika itu dengan mudah menyamakan PKMM dengan Parti Komunis Malaya (PKM) kerana memang ada beberapa tokoh mereka terlibat secara 'cross feed' sesama pertubuhan.

Apatah lagi selepas PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA), ada tokoh² PKMM yang turut terlibat. Lebih mudah untuk menjadi 'sebab' pengharaman PKMM walaupun kebanyakan kerosakan dan keganasan sebenarnya dibuat oleh PKM.

Malah yang turut terkesan ialah Hizbul Muslimin dan Parti Islam Se-Malaya (PAS), kerana aliran yang tak sebaris dengan haluan kanan dan penglibatan beberapa nama mahsyur PKMM juga di dalam PAS ketika itu.

Malah individu-individu yang membawa pemahaman agama yang menyeluruh (tidak terbatas pada satu mazhab) juga dianggap haluan kiri. Apatah lagi mereka digelar sebagai 'Kaum Muda' yang berlawanan dengan tokoh agama lama yang digelar 'Kaum Tua'. Namun tidaklah ada undang² pengharaman kaum muda secara spesifik sebagaimana PKMM.

MERDEKA CARA RUNDINGAN UMNO
Ada yang mempersoalkan kemerdekaan Malaysia yang diperoleh melalui rundingan ibarat kita ialah bangsa yang lemah. Kononnya UMNO telah merendahkan maruah Melayu. Mereka meminta untuk mencontohi Indonesia.

Sedangkan, Indonesia juga merdeka atas rentetan rundingan. Adanya Konferensi Meja Bundar merupakan genjatan senjata sehingga kedaulatan diberikan kepada Indonesia.

Malah sebelum Hiroshima dan Nagasaki dibom, Sukarno juga ada rundingan agar Jepun memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Lalu Jepun undur diri dan anggap kemerdekaan dah diberikan.

Namun tidak menafikan jasa dan pertumpahan darah wira-wira Indonesia. Persoalannya, benarkah negara lain merdeka tanpa rundingan?

Jika pun bukan pihak UMNO yang umumkan kemerdekaan, PKMM juga tetap akan umumkan dengan cara rundingan dengan pihak ketiga. Jangan lupa, ketika MPAJA menentang Jepun pun PKM dan PKMM mendapat bantuan latihan ketenteraan British.

Saya kira tak salah Malaysia merdeka dengan rundingan. Malah tanpa darah wanita dan anak kecil yang tertumpah dari peperangan itu lebih patut dibanggakan.

SAYA KIRI ATAU KANAN?
Saya akan kata kecenderungan saya kepada kanan. Kerana saya menyokong kedudukan raja-raja Melayu di dalam struktur negara. Saya juga merasakan kebajikan tetap sahaja boleh berjalan dengan gaya kapitalis dan kezaliman tetap sahaja muncul di negara sosialis.

Undang² yang paling adil ialah undang² Islam ketika undang² itu tidak dicabuli. Ketika zakat diberikan kepada yang sebenar berhak. Ketika harta wakaf tidak disalah gunakan. Ketika zakat dan jizyah di perluaskan kegunaannya. Ketika harta 'Baitulmal' digunakan atas dasar kepentingan rakyat. Memang nampak idealis tetapi buktinya dah berlaku di zaman para sahabat.

Saya rasa saya lebih kanan. Namun yang memisahkan saya dengan kanan yang tulen ialah saya hanya berpandukan rujukan Al-Quran dan Hadith. Sehingga apa² 'deen' baharu muncul, saya akan menolaknya. Ramai saja anggap saya 'fundamentalist'.

KIRI SIKIT
Namun saya percaya akan ada yang kata saya lebih kiri sedikit kerana pandangan agama saya yang mirip dengan Kaum Muda.

KESIMPULAN
Politik haluan kiri hanyalah kanan yang satu lagi. Pada hari ini, dah banyak contoh ideologi ini diadaptasi dalam pelbagai negara. Boleh tengok sebagai bahan kajian. Namun saya sendiri menganggap, komunis dan demokrasi bukanlah cara yang terbaik. Malah gaya ekonomi sosialis dan kapitalis juga ada kelemahan masing².

China pun akhirnya membuka ruang kapitalis dalam memacu negara komunis itu. Allah Maha Tahu.



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.





Comments