Proksi iran, Arab Saudi dan Ikhwanul Muslimin

 OLEH: Taufiq Tuah


Sebelum kita ulas lebih lanjut berkenaan isu timur tengah, ada baiknya kita telusuri hal di dalam poster ini. Agar kita lebih memahami kaitan di antara mereka. Di sana ada dua kuasa besar yang banyak menanam proksi di sekeliling rantau itu. 


Poster ringkas di atas menunjukkan beberapa proksi Iran yang mana majoriti besarnya ialah proksi bersenjata dan berfahaman Syiah. Iran turut mendanai Houthi iaitu golongan penyangak di Yaman. Isu konflik Yaman saya sarankan untuk dapatkan buku Revolusi Rafidhah Yaman, Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi. [Link buku: DI SINI]

Di konflik Syria, Iran juga membantu tentera Bashar Al-Assad untuk membunuh sekalian Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pembantaian Ahli Sunnah di Syria turut dibantu oleh sekutu Iran iaitu Rusia dan China. 


Arab Saudi juga tidak terkecuali dari memasuki beberapa konflik rantaunya. Paling terkenal ialah ketika konflik Syria yang mana Arab Saudi mendanai mujahidin-mujahidin Ahli Sunnah daripada beberapa brigade antaranya ialah Free Syrian Army (FSA) dan Ahrar Al-Sham. Selain dari melawan Syiah, mujahidin ini juga turut menentang ISIS dan tentera kafir Kurdis.


Ikhwanul Muslimin (IM) ialah gerakan antarabangsa yang sangat berpengaruh di dunia. Mereka muncul pada awalnya sebagai badan kebajikan yang kemudiannya membentuk parti politik di Mesir lalu menyebarkan sayapnya ke serata dunia. Iran dan Arab Saudi kedua-duanya pernah membantu IM dalam perjalanan kerja mereka. Ini semua ialah putar terbalik konflik yang berlaku di timur tengah.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.






Comments