TPM Malaysia: Henti Pesta Arak


OLEH: Taufiq Tuah



Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telahpun memberikan suara rasmi kerajaan tentang ketidak setujuan pesta arak ini.

"Itu polis punya kuasa, saya sudah arah halangnya," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau di China, semalam ketika diminta mengulas perkembangan isu pesta arak itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, “Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, gejala ini adalah tidak sihat dan saya ingin menasihati kepada semua ibu bapa agar mengawasi pergaulan jika anak mereka menghadiri parti anjuran individu tertentu,”

Maka dapat dilihat bahawa kita tidak memandang enteng di dalam isu ini. 


Ingin ditekankan di sini dalil pengharaman arak iaitu


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Wallahualam

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments