Isu UEC, Bagai Karat Yang Makan Besi

OLEH: Pen Merah

Pada kali ini, penulis ingin mengajak para pembaca untuk meneliti apa itu UEC dan kesan kepada masyarakat umum terutamanya Bumiputera. Isu ini dahulunya hanya kelihatan seperti air-air suam kerana keenganan Kerajaan Terdahulu untuk melaksanakan walaupun sudah dijanjikan dalam manifesto (rujuk manifesto Barisan Nasional PRU 15) dan tidak kurang juga dari kalangan pembangkang waktu itu (sekarang dikenali sebagai PH) yang sudahpun berjanji perkara yang sama. Sekarang sudah terbukti apabila Menteri Pelajaran, Dr Mazlee Malik berkata bahawa sijil UEC akan diiktiraf.

Untuk maklumat pembaca,  (Unified Examination Certificate/UEC) ialah sebuah silibus peperiksaan yang sama seperti SPM dan diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.  Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

KALAU TIDAK MELUNTUR BULUH DARI REBUNGNYA...
KPM telah tunduk kepada desakan Persatuan Cina Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), agar standard BM SJKC hendaklah dipermudahkan berbanding dengan BM di SK. Alasannya jika subjek BM diselaraskan sama seperti BM di SK, ini akan menjejaskan prestasi pelajar Cina di SJKC kerana mereka terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada subjek BM. Ini sudah tentu akan menjejaskan pembelajaran Bahasa Cina.

UEC adalah sijil Sekolah Swasta (SMPC) yang dikelolakan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong). Sijil ini langsung tidak ada kaitan dengan guru-guru KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pendek kata, sijil UEC dikelolakan sepenuhnya jawatankuasa mereka sendiri.

Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara. Tetapi mereka sanggup bersusah payah dan berhabis duit untuk memastikan mereka menjadi secina-cinanya

Mata pelajaran sejarah UEC mengandungi 57.36 peratus sejarah Malaysia dan 42.64 peratus sejarah dunia. Sedangkan subjek sejarah SPM yang hampir seratus peratus adalah sejarah Malaysia dan sedikit berkaitan Islam. Persatuan ini tidak mahu mengikut kehendak KPM kerana ada unsur Islam di situ dan mereka gantikan dengan sejarah dunia, termasuk sejarah asal usul negara nenek moyang mereka, negara China. Tidak ada negara di dunia ini yang sistem pendidikan pelik sebegini. Terbukti lebih Cina daripada Cina di negara China. Membina negara Cina dalam negara Malaysia. Membina negara dalam negara.

Setakat ini UEC telah diiktiraf oleh kerajaan Sarawak untuk memasuki perkhidmatan kerajaan negeri. Polisi ini masih tidak terpakai untuk memasuki Universiti Malaysia Sarawak kerana ia di bawah KPM. Berbeza pula dengan Universiti Selangor (UNISEL), mereka telah menerima pelajar UEC. Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil pelajar UEC untuk memasuki perkhidmatan anak syarikat kerajaan. Langkah kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan sudah tentu akan merancakkan lagi politik caca-merba pendidikan kita. Di sini kata boleh, di sana kata tidak. Kita mengamalkan sistem persekutuan, negeri-negeri di bawah persekutuan, persoalannya sejauhmanakah sistem ini berjalan dan dipatuhi?

KESAN IMPLIKASI TERHADAP BUMIPUTERA...
Adalah yang menjadi mangsa adalah  tentu sekali orang yang berstatus Bumiputera. Kerana UEC akan digunapakai oleh syarikat-syarikaf yang besar dalam sektor pekerjaan, maka sudah tentu orang tempatan akan menjadi makin Susah dalam mendapatkan pekerjaan. Ini kerana kebanyakan syarikat telahpun mengiktiraf UEC sebagai silibus ataupun tiket bagi memasuki bidang pekerjaan mereka.

Sijil SPM akan dihakis kelama-lamaan dan berkemungkinan tidak akan digunapakai lagi dalam peperiksaan. Seperti yang penulis katakan tadi, bahawa matapelajaran BM UEC lebih jauh mudah dari SPM. dan sijil SPM akan menjunam tarafnya sebagai peperiksaan berwajib. Maka tidak ada lagi peperiksaan yang dikelola oleh KPM melainkan Persatuan Guru Cina sahaja.

Dan Sekaligus melenyapkan status Orang Bumiputera sebagai orang yang berkuasa dan dipandang tinggi dan melonjakkan lagi penguasaan Cina dalam menjadikan warganegara Malaysia yang berjiwa luar negara.

Akhirnya, saya turut merayu kepada kerajaan hari ini supaya turut memantau lambakan Sekolah Antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium hari ini. Silibus subjek sejarah turut tidak terkawal. Inilah juga yang menjadi hujah kuat mereka yang pro UEC, kenapa kerajaan melakukan sikap ‘double standard’ terhadap mereka, sedangkan sekolah antarabangsa dibiarkan beroperasi bebas dan pada masa sama mengenepikan BM dan menggunakan silibus sejarah mereka sendiri. Semua sekolah ini berada di bumi mana? Di Malaysia atau bukan? Renung-renungkan.

P/S: Artikel ini adalah pandangan dan rujukan Penulis @penmerah dan tidak mewakili pandangan rasmi dari REVOLUSI MELAYU BAHARU.


Nota Penyunting: Sehingga artikel ini diterbitkan, kerajaan tidak pun membuat persetujuan untuk mengiktiraf UEC. 




___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments