OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Aksara boleh terdiri dari huruf atau karekter, contoh huruf adalah Bahasa Malaysia dan contoh karekter pula adalah Bahasa Mandarin. Aksara terdiri dari tiga jenis: alfabet, silabis atau abugida dan morfomis.
Kita hanya pernah tahu tentang alfabet kerana itulah sistem tulisan kita selepas Melaka menerima Islam sehingga hari ini.
Tulisan Jawi dan Tulisan Rumi adalah sejenis alfabet. Satu huruf alfabet hanya mewakili 1 konsonan atau vokal.
Manakala satu huruf silabis pula mewakili 1 suku kata atau 1 konsonan dan 1 vokal. Contohnya adalah Tulisan Rencong, Tulisan Jawa dan Tulisan Jepun.
Sedangkan morfomis pula adalah 1 huruf mewakili seperangkat bunyi, 1 ton dan 1 makna. Contohnya adalah Tulisan Mandarin.
Tentang tulisan ini pernah ditulis beberapa tahun dahulu secara panjang lebar.
Ejaan pula adalah kaedah tulis menulis yang berdasarkan pada penggambaran bunyi.
Sebagai contoh pada Bahasa Indonesia, cara ejaan telah beberapa kali bertukar. Pada mulanya menggunakan Ejaan Van Ophujsen yang berlaku semenjak 1901. Kemudian ditukar kepada Ejaan Soewandi atau dipanggil juga sebagai Ejaan Republik (1947). Setelah itu Ejaan Pembaruan (1957), seterusnya Ejaan Melindo (1959), Ejaan Baru (1966) dan Ejaan Yang Disempurnakan (1972).
Saya pernah melihat dalam sebuah buku yang menggunakan Bahasa Indonesia mengalih tulisan الله kepada
Alloh, sedangkan yang lazim dilakukan oleh kita semua adalah Allah.
Mengalih tulisan itu tidak perlu lagi patuh pada hukum tulisan asal namun dituruti uslub tulisan yang dikalih itu selagi berkemampuan.
Contohnya menulis perkataan Arab dalam Bahasa Melayu maka kita tidak lagi tertakluk kepada hukum tulisan Arab.
Contohnya dalam Kamu Dewan, kata 'reda' yang bermaksud dgn ikhlas; rela. Kata ini diserap langsung dari Bahasa Arab: رِضًÙ‰) رضا) . Nampaknya tulisan Bahasa Malaysia tidaklah menepati bunyi yang sepatutnya. Mungkin yang sepatutnya ditulis adalah 'redha' lantaran huruf ض berbunyi 'dha'. Tapi hal semacam ini tidak berlaku. Lantaran sistem tulisan setiap bangsa itu berbeza dan masing-masing punya kaedah tersendiri.
Apapun yang kita tulis saat mengalih ejaan, jika sekiranya kita mengetahui cara sebutnya yang benar, itu tidak menjadi masalah. Sebab, usana mengalih ejaan itu sendiri sudahlah salah kerana pasti bunyi yang terhasil akan banyak beza ataupun salah.
Contohnya apakah boleh di tulis 'amin', 'aamin', 'amiin' atau 'aamiin'? Juga 'insya Allah' atau 'in sya Allah'?
Mempermasalahkan hal ini adalah hal kebebalan.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment