Uyghur Dan Komunisme

OLEH: Pen Merah

Entri pad kali ini akan membicarakan tentang bangsa Uighur, iaitu ethnik minoriti di China yang ditindas kerana beragama Islam, umum untuk diketahui sehingga masa kini, nasib Uighur terus menjadi bualan hangatan tidak di media sosial, malah di seluruh dunia termasuk di persidangan rasmi. Untuk itu, wajar untuk kita mengenai siapa ethnik Uighur, asal usul hingga kepada konflik yang terjadi pada ketika ini. Penulis berpendapat bahawa wajar untuk dibicarakan kerana isu ini adalah isu kemanusiaan dan isu persaudaraan sesama muslim.

Bangsa Uighur adalah bangsa minoriti yang menetap di China, walaupun jumlah mereka dianggarkan puluhan juta namun kerajaan China masih menganggap mereka sebagai bangsa minoriti dan Xinjiang merupakan tempat tinggal mereka. Selain di Xinjiang, bangsa Uighur turut menetap di Beijing dan serata China namun dalam jumlah yang sedikit berbanding di Xinjiang. Menurut kajian dan sample DNA yang diambil dari ethnik Uighur, mereka berpendapat bahawa keturunan mereka adalah dari bangsa turki dan di sekitar Asia Timur seperti Kazakhstan dan Mongolia. Mereka berpindah dari suatu tempat hingga ke negeri Xinjiang yang kemudian menjadikan sebagai tempat tinggal tetap bangsa Uighur.

Konflik Uighur sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baru tetapi sebenarnya sudah lama berlanjutan. Semenjak dari zaman Kuomintang sehingga kepada peralihan kuasa kepada pihak komunis, bangsa Uighur telah ditindas habis habisan oleh regim China hingga memaksa mereka untuk bertukar agama

Regim China tidak menghalang mana-mana banga untuk mengamalkan agama termasuklah bangsa Uighur itu sendiri namun menghadkan beberapa perkara dalam perlaksaan agama hingga menyulitkan mereka dalam melaksanakan ajaran Islam di Xinjiang. Kem pendidikan juga telah dibangunkan di beberapa tempat untuk melatih bangsa Uighur untuk mendalami ideologi komunis dan taat setia kepada regim China. Regim China hanya mahu ideologi Komunis diserap di dalam pemikiran bangsa Uighur. Mustahil bagi regim untuk melancarkan perang habis habisan terhadap mereka kerana regim China sedar bahawa perang senjata bukan suatu alternatif yang terbaik untuk mereka melainkan serangan saraf bagi memerangi pemikiran bangsa Uighur itu sendiri. Kalau dahulu Bangsa Bosnia ditindas hingga mereka hilang pendirian terhadap ajaran Islam, regim China juga mahukan berbuat perkara yang sama bezanya tiada peperangan tetapi serangan saraf besar-besaran terhadap bangsa Uighur yang akhirnya Islam hanya sekadar nama semata-mata namun intipati dan ajaran Islam tidak diamalkan. Itulah objektif sebenar regim China bagi memastikan ideologi komunis sentiasa kekal dan kukuh sepanjang masa.

Negara luar khususnya Malaysia sendiri tidak menafikan perkara ini namun Malaysia tidak mampu menangani isu ini persendirian, ini kerana Kerajaan Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomasi yang kuat dengan Regim China dan pelaburan China di dalam Malaysia juga bukanlah dalam jumlah yang sedikit. Tambahan pulak, Kerajaan Malaysia khusunya kementerian pertahanan telah membina lima buah kapal Littoran Combat Ship (LCS) di China dan kapal Sundang antara salah satu kapal LCS yang siap ditauliahkan turut dibina di China. Projek kereta api yang menghubungkan ibu kota dengan pantai timur jugak turut dipelopori oleh syarikat China iaitu CCCP ( China Communication Construction Company ), di Kuantan juga MCKIP ( Malaysia China Kuantan Industrial Park ) telah dibangunkan bagi membantu pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang dan juga kepada ekonomi Regim China.

Penyelesaian kepada permasalah ini tidak akan menenui titik noktah melainkan campur tangan yang kuat dari negara-negara Islam itu sendiri. Kita telah menyaksikan kegagalan negara Islam dalam menangani isu Israel-Palestin, dan Isu Uighur juga turut menenui nasib yang sama jika tiada tindakan yang kuat dari negara Islam.

Ps: Pengerusi Parti Pas, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan bawa OIC telah gagalkan menjalankan peranan berikutan sidang negara Islam dianjurkan di Asia Tenggara yang dikatan "lebih aman dan selamat" dari Asia Barat...


___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments