OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Pandai Besi yang khusus menghasilkan senjata dikenal sebagai 'Tukang Titik' dalam masyarakat Banjar.
Tukang Titik kaum Banjar pada zaman dahulu telah menciptakan beberapa jenis parang tradisional seperti Parang Bungkul, Parang Lantik dan Parang Pacat Bagantung.
Tentang Parang Pacat Bagantung atau nama lainnya Parang Nabur, Parang Balabang, Parang Baladau atau Parang Baladah, memang dicipta sebagai senjata berperang.
Parang Nabur ini banyak dihasilkan pada kurun ke 18 dan 19 dimana bentuk parang ini banyak terpengaruh dengan gaya pedang Arab dan Eropah.
Secara umumnya terdapat beberapa jenis Parang Nabur iaitu:
1. Parang Nabur Pipih
2. Parang Nabur Lais
3. Parang Nabur Balanak
4. Parang Nabur Walut (Belut)
5. Parang Nabur Jarang Asoka
6. Parang Wawalutan
7. Parang Salin Alai
8. Baladau Balabang
Antara semua jenis parang tradisional suku Banjar ini, Parang Bungkul merupakan parang yang popular dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian.
Dgambarkan bahawa jika Parang Bungkul selalu tersangkut di pinggang dan tidak akan keluar dari sarungnya jika bukan untuk menegakkan kehormatan, kebenaran, dan keadilan.
Bentuk bilahnya lebih pendek dari parang yang lain serta berat dihujung. Sehingga parang ini sangat praktis digunakan untuk menebang pokok di kebun.
Variasi dari Parang Bungkul adalah Parang Gantungan, iaitu yang selalu tergantung atau tersimpan dan hanya akan digunakan untuk hal-hal tertentu seperti menyembelih haiwan kurban atau bertempur.
Gambar di bawah adalah beberapa jenis Parang Nabur
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________




Comments
Post a Comment