Tokoh Ulama Syafi'e.

OLEH: Saufy Jauhary 

PENGARANG KITAB FIQHUL MANHAJI

Tiga orang tokoh ulama kontemporari dalam mazhab Syafi'i iaitu mereka yang telah mengarang secara bersama kitab Al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam asy-Syafi'i. Mereka ialah Dr. Mustafa Sa'id al-Khin rahimahullah (wafat 2008), Dr. Mustafa Dib al-Bugho hafizhahullah dan Syeikh Ali asy-Syarbaji hafizhahullah.

Biografi

1) Dr. Mustafa Sa'id al-Khin

Nama sebenarnya ialah Mustafa bin Sa'id bin Mahmud al-Khin asy-Syafi'i al-Midani al-Dimasy. Dikatakan al-Khin antara keluarga yang berpengaruh dan besar pada zaman dahulu. Beliau dilahirkan pada 1922 Masihi. Mula mempelajari ilmu daripada ramai tokoh ulama pada masa itu dan antaranya yang paling terkenal ialah al-'Allamah Muhammad Hassan Habannakah yang dianggap sebagai murabbi dan banyak mempengaruhi kehidupan beliau. Beliau mempelajari banyak ilmu daripada gurunya ini, khususnya di Masjid Manjak. Antara guru-gurunya yang lain ialah:

1. Syeikh Ali bin Abdul Ghani al-Daqqar.
2. Syeikh Muhammad Amin Suwaid.
3. Syeikh Ibrahim bin Muhammad Khair al-Ghalayini.

Beliau menghasilkan banyak kitab dan karya ilmiah yang menjadi rujukan sarjana Islam, antaranya:

1. Al-Atsar al-Ikhtilaf fii al-Qawa'id al-Usuliyyah fii Ikhtilaf al-Fuqaha'.
2. Abdullah bin 'Abbas, Habru al-Ummah wa Turjuman al-Quran.
3. Dirasah Tarikhiyyah Li al-Fiqhi wa Usulihi.
4. Al-Adillah al-Tasyri'iyyah.
5. Abhas Hawla Usul al-Fiqh al-Islami.
6. Nuzhatul Muttaqin.
7. Al-Aqidah al-Islamaiyyah dan lain-lain.

Syeikh Dr. Mustafa al-Khin mengajar di banyak negara dan universiti, di samping itu menyelia banyak tesis Ph.D Dan Master. Antara universiti yang pernah diajarnya ialah Universiti Dimasyq, Universiti Imam Muhammad bin Su'ud, Universiti Umm al-Darman, Universiti Ulum al-Islamiyah dan lain-lain. Antara ulama yang seangkatan dengannya ialah Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Abdul Rahman Habannakah, Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti dan lain-lain. Beliau meninggal dunia pada 1 Februari 2008.

2) Dr. Mustafa al-Bugho

Beliau ialah Mustafa al-Bugho, lahir di al-Maidan, Damsyik, Syria pada tahun 1938 Masihi. Seorang ulama yang terkenal dan begitu aktif dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Sejak dari kecil lagi, beliau mempelajari ilmu dari tokoh yang terkenal di Syam. Antara guru-gurunya ialah: 

1. Al-'Allamah Muhammad Hassan Habannakah.
2. Syeikh Sadiq Habannakah.
3. Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih.
4. Syeikh Muhammad Khair al-Midani dan lain-lain.

Beliau banyak mengarang dan mentahqiqkan pelbagai kitab, antaranya:

[ Bidang penulisan ]

1. Al-Tahzib di adilati matan al-ghayah wa al-taqrib
2. Usul al-Fiqh : Dirasah ‘Ammah
3. Al-Jawanib al-Tarbawiyyah fi ‘ilm usul al-fiqh
4. Madhamin tarbawiyyah fi fiqh al-islami
5. Fiqh al-manhaji fi al-fiqh al-syafi’ie. Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-Khin dan Syeikh Dr ali al-Syarbaji.
6. Al-Wadih fi ‘ulum al-Quran. Ditulis bersama Syeikh Muhyiddin Misto
7. al-Da’awa wa al-bayinnat wa al-qanun fi al-qadha’. Ditulis bersama Syeikh Abdul Karim al-Kurshi.
8. Tashil al-masalik fi bi syarah wa tahzib umdah al-salik wa umdah al-nasik.
9. Al-hadiyyah al-mardiyyah syarah wa adillah al-muqaddimah al-hadramiyyah.
10. Al-Tuhfatul al-radiyyah fi fiqh saddah al-malikiyyah(syarah matan al-‘ashmawiyyah).
11. Nizam al-Islam.
12. Fiqh al-Mu’aridat
13. Buhuth fi ‘ulum al-hadith wa nususuhu.
14. Buhuth fi al-fiqh al-maqarin.
15. Nuzhatul al-Muttaqin fi syarh riyadh al-salihin . Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-khin, Syeikh Muhyiddin Misto, Syeikh Dr Ali al-Syarbaji dan Syeikh Muhammad Amin Latifi.
16. Al-Wafi fi syarh al-arbain an-nawawiyyah.

[ Dalam bidang tahqiq ]

1. Matan al-rahabiyyah fi ‘ilm al-faraid.
2. Tanwir al-masalik bi syarh wa adillah umdatu al-salik.
3. Mufhamat al-iqran fi mubhamat al-Quran karangan Imam al-Sayuti.
4. al-Itqan fi ulum al-Quran karya Imam al-Sayuti.
5. Asbab al-nuzul karya al-Wahidi al-Naisaburi.
6. Sahih al-Bukhari(tahqiq dan ta’liq).
7. Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi.
8. Mukhtasar Sahih al-Bukhari karya al-Zabidi.
9. Mukhtasar Sahih Muslim karya al-Munziri.
10. Mukhtasar Sunan Abu Daud.
11. Mukhtasar Sunan at-Tirmizi
12. Mukhtasar Sunan an-Nasa'ie
13. Mukhtasar Sunan Ibnu Majah
14. Muqaddimah Ibnu Solah fi ulum al-hadith.
15. Al-Taqrib ila kitab al-targhib wa al-tarhib karya Ibnu al-Diri. Ditahqiq bersama Syeikh Muhammad ‘Asam ‘Arar.

Syeikh juga merupakan tenaga pengajar di Universiti seperti Jami'ah Dimasyq, Jami'ah Syariqah dan lain-lain. Beliau juga merupakan seorang khatib di masjid al-Hasan Zainal Abidin dan lain-lain. Pada tahun 2014, 2015, 2016 & 2019, beliau dikesan telah hadir di Malaysia dan menyampaikan kuliahnya di serata negara terutama di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Antara tokoh-tokoh di Malaysia yang pernah berguru dengan beliau dalam mazhab Syafi'i ialah Mantan Mufti Wilayah Persekutuan & Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Juga Pengerusi Pr1ma, Dato' Dr. Fathul Bari .

3) Syeikh Ali asy-Syarbaji

Beliau adalah salah seorang ulama yang masyhur di Kota Syam. Beliau amat bernasib baik kerana dibimbing oleh ramai tokoh-tokoh ulama yang terkenal. Antaranya:

1. Al-'Allamah Muhammad Hassan Habannakah
2. Syeikh Sadiq Habannakah.
3. Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih.
4. Syeikh Muhammad Khair.
5. Syeikh Hussain Khattab.
6. Syeikh Mustafa al-Khin
7. Syeikh Sa'id Ramadhan al-Buti.

Beliau juga banyak menghasilkan banyak kitab dan karya sama ada bersama gurunya atau dengan sendiri. Antaranya ialah:

1. Tafsir al-Basyair.
2. Al-Fiqh al-Basit.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, dan lain-lain.

Ramai ulama dan guru-gurunya memuji beliau kerana kesungguhan dalam menuntut ilmu, di samping berkarya dan mengajar ilmu. Beliau menjawat jawatan di Universiti Dimasyq, Universiti Ulum al-Quran, al-Islamiyah dan lain-lain. Sekarang ini beliau masih bergiat aktif dalam pengajaran dan penulisan karya ilmiah.








Comments