Ulasan Ikhlas: Nasi Arab Chef Ammar

 OLEH: Taufiq Tuah




Berikutan video yang banyak tentang Nasi Arab Chef Ammar. Saya kira saya perlu beri ulasan juga isu ini memandangkan ini melibatkan industri yang saya sedang ceburi.

1. "Harga Tel Aviv" atau semakna dengan "Harga Yahudi" ialah istilah yg membawa maksud "harga yang teramat mahal dan cekik darah sezalim Yahudi". Kadangkala perkataan ini menjadi bahan gurauan netizen.

2. SENSITIVITI: Perlu kita tahu sensitiviti Chef Ammar sebagai seorang 'Palestinian'. Apabila dilabelnya seorang Palestinian sebagai 'Yahudi' atau 'Tel Aviv', mestilah berang seberang-berangnya. Jadi untuk memerli beliau atas video-video beliau adalah tidak wajar.

3. MAHAL: Beberapa tahun lepas, ibu saya ada membelikan kami sekeluarga nasi arab Chef Ammar ini untuk juadah berbuka. Ternyata harganya memang agak mahal. Tidak sesuai untuk B40 makan hari-hari. Sejujurnya saya kurang gemar rasa nasi Arab itu (sedap itu subjektif). Tapi, 'portion' nya memang banyak. 

4. PELANGGAN: Jika kita rasa tak mampu untuk beli, cukup sahaja kita tak payah beli. Tak perlu untuk perli atau kutuk penjual. Kita beli mengikut kemampuan. Kalau nak murah dan berbaloi, boleh cari dekat https://widurionline.com.my/ . Memang ayam perap sedap² pun boleh dapat murah. Tapi ingat, setiap peniaga ada kos yang berbeza-beza.

5. MASAKAN: Saya rasa Nasi Arab Chef Ammar ketika itu bukanlah Nasi Arab paling sedap saya makan. Mungkin kerana saya duduk di Nilai, di mana restoran Nasi Arab memang berlambak di sini. Lagi pun penilaian saya ialah berdasarkan pengalaman beberapa tahun lepas. Mungkin sahaja sekarang dah okay.

6. UNTUK CHEF AMMAR: Semoga diberikan ketabahan. Alhamdulillah apa yang perit ini akhirnya menjadi 'free marketing' buat chef.

Wallahualam


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments