Kes Konsert The 1975

 OLEH: Taufiq Tuah


Ulasan. Isu ni memang kena diulas. Marilah ramai² lagi ulas.

1. Kembali kepada hukum asal muzik. Para ulama 4 mazhab sepakat pengharamannya. Sehingga yg mengharuskannya hanyalah ulama² kontemporari atas hujah yg tidak kuat. Bab hukum muzik ni boleh baca artikel sebelum ni yg telah diulas panjang.

2. Perbuatan mereka yg bermabuk di atas pentas ialah 'red flag' pertama. Menunjukkan marah dan tak puas hati atas pentas ialah 'red flag' kedua. Mengutuk kerajaan Malaysia ialah 'red flag' ketiga. Kemarahan sebab tak suka Malaysia menolak golongan eLG1B1ti ialah 'red flag' seterusnya.

3. Saya secara adilnya memuji pihak kerajaan Malaysia kerana dgn pantas terus mengharamkan band The 1975 daripada negara ini. Walaupun yg lebih utama ialah tidak menerima langsung mereka sejak awal lagi.

4. Sebenarnya bukan sesuatu yg asing, artis² luar ini sengaja membawa agenda tertentu dalam 'road tour' mereka. Selain ElG1B1Ti, ada artis yang bawa ideologi seperti Hippy, Rasta, kristianisasi dan lain². 

5. Tahniah kepada negara² jiran kita yang turut 'ban' band The 1975 daripada negara mereka.

6. Kadang² pelik dengan segelintir orang putih yang apabila sampai ke negara timur, mereka sangka mereka berhak melanggar undang². 'Over the law' kononnya.

7. Iktibarnya, tolong tapis kemasukan orang luar. Baik artis mahupun orang agama jika mahu dibawa masuk ke dalam negara kita, tolong lah tapis. Organiser tolong lah buat 'homework' dulu sebelum endorse sesiapa. Pihak di pejabat kerajaan juga perlu buat penelitian.

8. Alhamdulillah keputusan kerajaan ini saya lihat mendapat sokongan sebulat suara oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kecenderungan politik. Tahniah Malaysia.




[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments