Melayu, Bani Israel, Qeturah dan Bani Tamim

 OLEH: Taufiq Tuah

Bismillah.

Melayu akhir² ini sering dikaitkan dengan 3 nama di dalam tajuk. Maka saya perlu jelaskan satu demi satu.


MELAYU IALAH BANI ISRAEL?

Saya mulakan tajuk ini dengan dalil,

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.” (QS. Al Maidah: 78)

Jelas bahawa orang² Bani Israel ialah bangsa yang dilaknati Allah. Maka atas urusan apa orang Melayu berbangga menjadi sebahagian dari Bani Israel?

Ada dakwaan yang kata Melayu ialah 'the lost tribe' Bani Israel sedangkan tiada pun dari bukti sejarah dalam hal itu. Sedangkan bukti sejarah menunjukkan tamadun Melayu wujud lebih awal dari tamadun Mesir Kuno. Mana kala Bani Israel hanya muncul pada zaman Nabi Yaakub.

Malah tokoh Bani Israel juga pernah membuat 'list' tentang suku² mereka yang hilang. Antara kaum lain yang pernah orang Israel sendiri sebut ada kemungkinan sebagai 'Lost Tribe' mereka ialah

1. Pashtun

2. Assyrian

3. Menashe

4. Ephraim (Telugu)

5. Falasha (Dan)

Dll. Tapi tiada nama Melayu.

Adapun teori yang kata Melayu sebenarnya ialah dari Bani Israel jalur sanad Menashe (Manaseh) ialah tertolak apabila pengkaji Israel sendiri menyebut Menashe ialah Shinlung dari Maniapur India. Orang Shinlung boleh mendapat kerakyatan negara haram Israel selepas sahaja masuk ke dalam negara itu. Kerana mereka memang dikira sebagai Bani Israel.

Sementara orang Melayu, memang tak akan dilayan jika mahu mendapatkan kerakyatan negara haram itu kerana bukan berdarah Bani Israel.

Maka berbanggalah kerana Melayu bukan Bani Israel.


MELAYU DARI QETURAH?

Kononnya Nabi Ibrahim mengahwini isteri ketiganya bernama Qeturah / Keturah / Qanturah / Kanturah. Lalu dari isteri yang ini lahirnya Melayu. Benarkah?

1. Dalam Al-Quran tiada nama Qanturah.Dalam hadis pun yang ada semuanya dari hadis dhaif dan palsu.

2. Nama Qanturah hanya ada dalam rujukan Yahudi. Maka itu ialah kisah Israiliyat.

3. Tokoh Yahudi sendiri berpandangan bahawa Qeturah dan Hajar ialah orang yang sama. Maka mengikut ajaran mereka, Nabi Ibrahim hanya ada 2 isteri. Kerana Qeturah ialah nama gelaran bagi Hajar. Sama seperti Humaira ialah nama lain bagi Aisyah. Hakikatnya orang yang sama.

Malah dalam Al-Quran pun, Nabi Ibrahim hanya ada 2 isteri iaitu Sarah dan Hajar. Sarah melahirkan Bani Israel manakala Hajar melahirkan orang Arab. Lagi sekali, tiada 'mention' untuk Melayu dalam hal ini.


MELAYU IALAH BANI TAMIM?

Untuk tajuk ini, saya dah tulis satu buku khas berkenaan isu ini. Telah diterbitkan dan bertajuk Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman atas nama pena lama saya 'Ibnu Tuzah'. Boleh cari di shopee atau hubungi sahabat saya Abu Ukasyah Thalhah kot² dia masih ada stok buku.

Secara ringkasnya, Bani Tamim ialah sebahagian dari suku Arab iaitu jalurnya Tamim b Murr b Add b Elyas b Mudhar.

Bukannya bermaksud "Ta = Tanah, Mim = Melayu" dan jadi Tanah Melayu. Kerana Bani Tamim memang wujud hingga hari ini. Hujah lanjut panjang lebar boleh dapatkan buku saya sebelum ini insyaallah.


MELAYU DARI MANA?

Jelas Melayu ialah dari suku Austronesian yang tidak lain tidak bukan datang dari keturunan anak-anak Nabi Nuh alaihissalam. Nabi Nuh pula jalurnya dari Nabi Adam Alaihissalam bersama Hawa.

Buat masa ini, saya juga menolak hujah yang sebut Melayu ialah dari Yunan, atau Himalaya atau Champa dll. Belum kukuh teori² ini. Maka saya berpandangan Melayu ialah dari Austronesian dan Austronesian ialah kelompok asasnya. Wallahualam.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments