Antara Tokoh-tokoh Pejuang Patani Moden

 OLEH: Taufiq Tuah


Berikut ialah beberapa nama tokoh² pejuang di selatan Thailand. Masing² mempunyai tujuan, matlamat malah ideologi tersendiri. Begitu lah keadaannya jika sedang berkonflik. Mereka mengumpulkan apa yang ada sahaja untuk mempertahankan tanah mereka. Ingat, kezaliman Thailand ini berlaku ke atas orang Melayu dan Islam sendiri. Mudah kata, saudara rapat kita.

TENGKU MAHMUD MAHYUDDIN IBNI SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDIN
Merupakan anak kedua Sultan Abdul Kadir Kamaruddin iaitu Sultan Patani terakhir. Menubuhkan Gabnungan Melayu Patani Raya (GAMPAR). Matlamat kemerdekaan Patani.


HAJI SULONG BIN ABDUL KADIR
Menubuhkan Pergerakan Melayu Patani. Menentang Thailand memansuhkan undang-undang Islam berkenaan nikah, cerai dan warisan. Banyak menyatukan pemimpin-pemimpin Melayu di Patani. Matlamat mewujudkan Patani sebagai kuasa berautonomi.


TENGKU ABDUL JALAL
Menubuhkan Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang menyatukan kerabat diraja Patani dengan ahli agama. Sesetengah ahli bermatmalat untuk mengembalikan Kesultanan Patani.


USTAZ ABDUL KARIM HASSAN
Menubuhkan Barisan Revolusi Nasional (BRN). Berjuang di dalam politik dan banyak menyusup melalui pondok-pondok pendidikan sekitar selatan Thailand. Menjadikan Soekarno Hatta sebagai idola perjuangan.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.










Comments