Saya melihat sejak beberapa minggu ini isu pelarian Rohingya telah membuka ruang risau sesama netizen.
Saya ada cadangan untuk isu ini. Mungkin anda boleh setuju atau mungkin tidak. Tetapi ada baiknya kita tahu dulu situasi Rohingya itu sendiri.
1. Rohingya ialah kaum Muslim yang terzalimi di Myanmar. Orang² Burma ingin menghapuskan mereka. Wanita, anak kecil, lelaki, tua semuanya dibunuh oleh Burma. Mudah kata, Burma sedang menjajah Arakan.
2. Ketika mereka datang ke sini, mereka terus berselerakan. Sepertinya tidak dikawal dengan baik. Sedangkan apa yang mereka lakukan itu sama seperti pendatang asing tanpa izin. Itupun, masyarakat Malaysia ramai yang simpati awalnya dan membantu mereka dalam pelbagai segi.
3. Adakah perlu Msia menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 di bawah UNHCR? Saya rasa tak perlu. Saya melihat ini bakal menggugat kewarganegaraan kita.
4. Jika ditanda tangani, pelarian akan diiktiraf sah. Boleh akses pekerjaan, pendidikan, dokumen pengenalan dan kita kena ikut pula undang² standard antarabangsa.
5. Alternatif saya ialah, kerajaan merangka undang-undang sendiri dalam menguruskan pelarian. Sebagaimana 'homeless KL' yang kita pernah kumpulkan dan beri tempat tinggal khas, benda yg sama kita boleh buat dan letakkan mereka dalam satu kem khas.
6. Memulangkan mereka kembali ke Myanmar bukan mudah. Terutamanya Malaysia ada hubungan ASEAN. Kalau mereka pulang pun, apa anda rasa Myanmar akan buat?
7. Saya suka kaedah Msia ketika menerima pelarian Vietnam dahulu. Kita menggelar mereka 'pelarian sementara'. Kemudian kita membuat rundingan dengan negara² barat utk menerima mereka sebagai 'resettlement'. Selepas Vietnam selesai konflik, Msia menghantar pulang lebihan pelarian vietnam yg ada ke negara asal mereka.
8. Hal ni mudah dijalankan kerana pelarian-pelarian ini disediakan kem atau kawasan khas. Undang² kita mudah dijalankan berbanding kpd Rohingya yang berselerakan ini.
9. Saya sangat tidak setuju jika mereka dibunuh beramai-ramai. Membaca beberapa komen netizen yang emosi ini sbnrnya sangat memalukan. Betapa zalimnya jiwa yg komen itu walaupun ats dasar marah dan gurauan. Wabillahitaufiq
Taufiq Tuah
19.06.26 | 03.01.48
Comments
Post a Comment