Kisah Rabiatul Adawiyah

OLEH: Taufiq Tuah

Rabiatul Adawiyah seorang tokoh sufi yg sgt terkenal. Namanya sering disebut-sebut bagi mengamati 'kezuhudannya'. 
Adapun begitu, kisah tokoh ini mempunyai banyak versi. Hal ini membuktikan bahawa sirah tentang Rabiatul Adawiyah tidak dijaga dengan baik. Kemungkinan untuk berlaku tokok tambah sangat tinggi.
Malah, nama tokoh ini juga tidak ditulis di dalam Al-Quran mahupuh hadis. Oleh itu, tidak wajib untuk mempercayai tentang kisahnya. Malah, anda juga berhak untuk menolak kewujudan Rabiatul Adawiyah memandangkan namanya tidak pernah disebut di dalam kitab2 muktabar dan tidak pula ada sebarang peninggalan serajarah tentangnya.

Ada berberapa kisah Rabiatul Adawiyah yg ganjil. Antaranya,

Dimana Imam Hassan Al Basri melihat bnyknya haiwan mengelilingi Rabiatul. Apabila Imam Hassan mendekati, haiwan semuanya lari. Maka ditanya "mengapa mereka lari dari ku?" . Lalu Rabiatul menjawab "Apa kau makan pagi tadi?". Imam Hassan menjawab "Daging". Lalu Rabiatul memberi penjelasan, "Kau memakan daging kerana itu mereka lari sementara aku hanya memakan roti kering".

Lagi kisah mereka ialah, kononnya Imam Hassan penah mengajak Rabiatul untuk berbincang hal kerohanian di atas air (terapung atas air) tetapi ditolak oleh Rabiatul kerana Rabiatul ingin secara terbang di udara. Lalu Imam Hassan menolak kerana Imam Hassan tidak mampu terbang seperti Rabiatul. Menunjukkan karamah Rabiatul lebih tinggi dari Imam Hassan.

Penjelasan:-

1. Islam tidak melarang memakan daging. Kisah Rabiatul ini seakan-akan mengatakn bahawa Imam Hassan memakan daging sebagai satu kesalah. Islam bukan agama yg menuntut ummatnya untuk menjadi 'vegetarian'. Malah, kita meraikan raya korban setahun sekali.

2. Tidak ada tokoh yg mempunyai karamah mudah seperti terapung atas air atau terbang ke udara. Itu semua ialah dakwaan kolot. Jika benar, maka ia bukan karamah tetapi sihir. Jika benar tokoh sedemikian mampu ada karomah hebat itu, sudah tentulah Saidina Abu Bakar mendahului karamah mereka. Namun, tidak pernah diriwayatkan Saidina Abu Bakar R.A terbang ataupun terapung atas air.

3. Sifat zuhud yg ditunjukkan pada watak Rabiatul Adawiyah ialah sangat dhaif dan miskin. Hakikatnya, zuhud bukannya bersyarat miskin. Tetapi zuhud ialah tidak mementingkan dunia dalam keadaan tidak melupakan hal dunia. Manusia ada tanggungjawab dengan dunia yg tidak boleh dilupakan. Oleg itu, melupakan dunia dan mengasingkan diri sebagaimana Rabiatul Adawiyah ialah lari dari tuntutan Islam.

4. Rabiatul Adawiyah lahir pada tahun 105 H. Ada yg meriwayatkan 100H. Imam Hassan Al-Basri pula lahir pada 21 H dan meninggal pada 110 H. Umur yg memungkinkan Rabiatul sempat bertemu Imam Hassan ialah 1 hingga 10 tahun sahaja. Namun kisah Rabiatul menunjukkan bahawa dia bertemu Imam Hassan ketika dewasa.

5. Banyak lagi kisah ganjil daripada nama Rabiatul Adawiyah. Malah mengarut dan tidak menepati akhlak Islam. Juga banyaknya versi  kisah Rabiatul Adawiyah menunjukkan kisahnya berkemungkinan palsu dan  tidak wujud sama sekali.

Hal ini berbeza dengan tabi'tabien seperti Imam Hassan Al-Basri yg sememangnya dikenali dan dicatat kisahnya secara disiplin oleh ulama muktabar. Adapun begitu, masih ada kisah2 palsu yg dikaitkn dgn Imam Hassan Al-Basri seperti kisah di atas.

Kesimpulannya, Rabiatul Adawiyah ini kisahnya tidak wajib diketahui. Malah, saya sendiri berpandangan ianya palsu dan tidak layak kisah-kisahnya menjadi tauladan. Mereka yang mencipta kisah ini ialah mereka yg tidak bertanggungjawab ke atas agama. Hal ini kerana banyak menentang tuntutan dan akhlak Islam. Mereka hanya menekankan hal zuhud tetapi menolak tuntutan Islam yg lainnya. Maka saya berpandangan Rabiatul Adawiyah seperti yg dikisahkan ialah tidak wujud. Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments

  1. saya sgt besetuju dgn statement diatas.. kewujudan rabiatul adawiyah masih menjadi isu.. apakah benar wujud atau tidak..Dan kalau pun benar wujud..,dia hanyala manusia biasa yang tidak patut dijadikan hujjah kerana namanya tidak tersebut dalam alquran mau pun hadis.. bahkan dalam buku tarikhul islam dan yg lain juga tidak ada.. Golongan tasawuf yg sering menceritakan tentang ini.. dan mereka akan diminta pertanggungjawaban di akhirat sana di atas penyebaran kisah Rabiah ni..

    ReplyDelete

Post a Comment