OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Ketika hadiah tersebut sampai ke istana Singapura maka rajanya murka lantaran hadiah itu ditafsir sebagai memperkecilkan negerinya dan sebuah isyarat agar Singapura tunduk kepada Majapahit.
Umumnya dalam banyak budaya termasuklah kaum Melayu, pemberian cincin adalah dari seorang teruna kepada seorang dara untuk mempersuntingnya.
Justeru mengapa perlu di hantar sebentuk cincin jika kayu tersebut boleh sahaja diikat dengan kain cindai atau seutas tali sahaja?
Dititahkan agar seorang bijak pandai besi untuk hasilkan beliung yang sangat tajam lalu beliung itu diguna untuk mencukur rambut.
Ketika beliung ini sampai ke Trowulan maka pahamlah baginda bahawa Singapura yang kecil itu bertegas untuk tidak mahu tunduk kepada 'lamarannya' dan sanggup berperang menggunakan apa sahaja senjata hatta menggunakan beliung yang biasa diguna untuk pertukangan kayu. Juga sebagai petanda bahawa Singapura juga memiliki kemampuan untuk menghasilkan senjata tajam seperti Majapahit.
Seterusnya kedua-dua kerajaan ini berperang. Pertama kali kemenangan terletak pada Singapura lantaran banyak perahu Majapahit rosak kerana menyapu karang di perairan Singapura. Dan perang kali kedua pula Singapura tewas diserbu armada dari Jawa.
Kisah diatas kedengaran semacam fiktif: menarah kayu menjadi seperti kertas dan beliung yang mampu mencukur rambut.
Namun ternyata kedua-dua hal diatas benar-benar wujud dan dirakam pada zaman ini. Mungkin pada tahun 80-an dahulu, orang kita akan menafikan hal ini atas sebuah alasan "tidak logik".
Terpulanglah pada setiap orang untuk menerima atau menganggap Sulalatus Salatin - terutama bermulanya dari kisah Kerajaan Bintan - sebagai karya sejarah atau sekadar buku cerita. Namun bagi saya, Sejarah Melayu itu adalah karya sastera sejarah yang merakam perjalanan kerajaan-kerajaan Melayu di zaman dahulu.
Begitu juga harus kita ketahui betapa bangsa kita ini suka berkias hatta dalam menulis. Saya pernah menghuraikan peristiwa 'luar logika' dalam peristiwa pembahagian Pulau Jawa kepada dua semasa pemerintahan Airlangga yang mana kisah tersebut terlalu banyak menggunakan bahasa kiasan.
BUKTI:
(1) Tarahan kayu senipis kertas: https://youtu.be/zs9X-XzFGHI
(2) Kapak diguna untuk mencukur rambut: https://youtu.be/JJksS4fCwMA
Contoh beliung lama.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment