Cina Berniaga: Dari Gejala Menjadi Budaya

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Dalam ilmu difusi budaya, pertembungan antara tamadun seringkali mengubah watak dan rupa bangsa. Silang budaya ini dapat diterjemahkan dalam sebuah sifir arithmetik.

Begitulah yang berlaku kepada bangsa Cina. Asal muasalnya adalah kaum agraris, yang menyanjung tinggi masyarakat petani.

Sedari terbangunnya Empayar Han maka filsafat Kung Fu Tze dinobat menjadi pegangan umat. Terus menerus ajaran ini dikelek sampai berakhirnya Dinasti Song.

Dalam jangka masa yang cukup panjang ini; bangsa Cina menganggap para pedagang dan peniaga adalah musibat!

Alasannya kerana mereka adalah manusia gila harta, tamak haloba, pentingkan diri dan suka mencekik darah dan putar alam.

Lantas dalam hirarki masyarakat Cina, taraf peniaga dan pedagang berada di bawah sekali, cuma sedikit atas dari taraf hamba abdi.

Penduduk kampung yang menjadi peniaga akan dianggap orang jahat yang suka menindas orang lemah. Pegawai yang berniaga akan dicela oleh pegawai yang lain.

Oleh sebab itu, jalan perdagangan laut tidak dikuasai oleh Cina sampaikan I-Ching dan pendeta sebelum itu, terpaksa menumpang kapal Parsi dan Sriwijaya untuk belajar ke Nalanda di India dengan melalui Nusantara.

Perubahan paradigma ini; iaitu dari membenci aktiviti perdagangan dan pelayaran berubah secara perlahan-lahan apabila China menakluki bangsa yang mendiami wilayah Selatan: Bangsa Yue.

Siapa Bangsa Yue yang mendiami wilayah Selatan?

Itulah banga yang pernah mendirikan Angkor Wat dan Borobudur: Bangsa Melayu!

Orang Cina mula memandang perniagaan dan pelayaran sebagai sebuah cara hidup yang mulia. Pelan-pelan mereka menginginkan cara hidup baharu itu. Mereka mula belajar membuat 'kapal laut dalam' dari Bangsa Yue. Dan mereka juga mula belajar berdagang.

Maka kerajaan China pun membuka dermaga namun tiada kapal dagang Cina di sana. Dermaga yang pesat semuanya di selatan. Dermaga di wilayah utara tidak maju dan menguntungkan China.

Perlabuhan Selatan dipenuhi dengan kapal asing terutama dari Nusantara. China belom pandai mengurus limbungan mereka sampaikan Maharaja Song melantik seorang Melayu beragama Islam bernama Po Shu Geng untuk menjadi Pegawai Maritim China yang pertama.

Po Shu Geng ini punya 80 Jong dagang sendiri, tersangat lah kaya dia. Maka Maharaja Song meminta dia membina Jong Melayu bagi bangsa Cina dengan wajah Cina.

Lalu dibina lah dia kapal laut dalam dan diberi nama Jong Quanzhou. Tetapi tidak lama, bangsa Monggul menakluk China dan diganti dengan nama Yuan.

Maharaja Yuan melihat bangsa Melayu punya kuasa laut dan perdagangan. Lalu disuruh Po Shu Geng memegang jawatan Pegawai Maritim dengan matlamat:

(1) Membina armada Laut Dinaati Yuan. Maka diturunkan perintah agar membina 200 Jong Quanzhou - versi jong pertama bangsa cina.

Jong Quanzhou itu m diinspirasikan dari Jong Melayu. Bentuk lambungnya berbeza dari bentuk jung cina sekarang ini sebaliknya mirip kepada bentuk Nusantara.

Sebuah kapal Jong Melayu boleh membawa 1000 tentera atau 900 ekor gajah. Mendam Berahi milik Hang Tuah dapat membawa 600 laras meriam, padahal saiz Mendam Berahi lebih kecil dari Jong Melayu.

Sebagai catatan, Melaka tidak punya teknologi membina jong.

(2) Menempuh jalan laut bagi misi dagang.

Pada zaman Yuan inilah, falsafah Kung Fu Tze tenggelam sebab Yuan bukanlah bangsa Cina sebaliknya Monggolia. Mereka tidak menjadikan falsafah Kung Fu Tze sebagai pegangan.

Lantas berkembanglah aktiviti pelayaran dan perdagangan dalam bangsa Cina. Mereka mendapat pelajaran dari bangsa Yue dan Nusantara.

Terus menerus aktiviti ini sampailah tumbang Maharaja Yuan di tangan 10 pendekar Semutar Merah dari Selatan!

10 pendekar beragama Islam menyatu dengan Maharaja Ming. Malah kisah hidup Maharaja Ming pertama itu sangat misteri, begitu juga Maharani. Ada yang berkata mereka adalah muslim yang bertaqiyah. Namun yang lebih kuat dan terzahir adalah mereka itu sekadar lunak dengan masyarakat Islam.

Yang pasti, pada Dinasti Ming ini, umat Islam di angkat tinggi dan menjadi pegawai penting. Masjid dibina secara rasmi dan Islam dikibar tinggi. Sampaikan Maharaja Ming sempat menulis sebuah eulogi kepada Nabi.


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments