Seputar Kesultanan Najd


OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Keluarga Rashidi - yang kemudiannya dikenal Emirat Jabal Shammar - naik kerana dokongan dari Keluarga Saud.

Tapi bagaikan kacang lupakan kulit, akhirnya mereka menyerang Emirat Najd, lalu Riyadh tertawan.

Larilah keluarga Saud jauh ke Kuwait, berlindung di sana, kerana Kuwait pun memusuhi Emirat Jabal Shammar.

Kemudian 1902, Abd Aziz menuju ke Riyadh untuk merampas kembali kota leluhur.

Sejak itupun, Keamiran Riyadh meluaskan wilayahnya dengan mengambil kembali kawasan-kawasan yang dirampas keluarga Rashidi satu persatu.

Pada ketika ini, keamiran di tanah Arab telah menolak dan memusuhi Uthmaniyah. Cuma yang masih setia hanyalah Emirat Jabal Shammar.

Manakala Kerajaan Hasyimiyah yang dahulunya wakil rasmi Uthmaniyah membelot dan melancarkan Revolusi Arab.

Pada tahun 1916, Syarif Makkah mengistiharkan kewujudan Kerajaan Hijaz yang terangkum dalamnya beberapa kota besar seperti Makkah, Madinah, Jeddah, Yanbu sampai ke Tabuk.

Keamiran lain, semacam Qatar, Bahrain, Kuwait, Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm Al Qaiwain menentang Uthmaniyah. Termasuk disitu adalah Kesultanan Najd.

Pada tahun 1921, Kerajaan Rashidi menyerah kalah pada Dariyyah, lalu Keamiran Riyadh ditukar jadi Kesultanan Najd.

Setelah kekuatan Kesultanan Najd bertambah lalu ia pun menyerang Kerajaan Hijaz pada 1925.

Keluarga Hashimi kalah lalu merengek kepada British untuk ditolongi, yang kemudian ditabal jadi Raja Iraq dan Raja Transjordan.

Pada ketika ini, Keluarga Saud memerintah dua buah negara, atau lebih dikenal sebagai Kerajaan Hijaz Dan Najd. Hanya pada tahun 1932 baharulah dua kerajaan ini disatukan lantaran ia diperintah oleh orang yang sama, menjadi Kerajaan Arab Saudi.

Bangsa Arab telah penat berada dibawah kongkongan dan penindasan bangsa Turk.

Tapi kenapa kaum Asyaariyah hanya menunding jari pada Kesultanan Najd sahaja, walhal khianat dari Syarif Makkah sangatlah besar, yang hujung-hujungnya terwujud negara haram Zionis.

Pada waktu itu, jika tentera British mampu untuk menjaga seluruh wilayah jajahan dan kawasan perlindungannya, tidaklah perlu mereka mengadakan perjanjian dengan Dariyyah.


Padahal satu masa silam, mereka pernah menghantar armada laut, mengebom tentera Dariyyah di Qawasim.

Dan saat pasukan Mesir meluluh-lantakkan ibu kota Dariyyah sehingga jadi padang jarak padang tekukur, British mengutus Kapten Sadler melalui jalan laut untuk ucap tahniah.

Jadi British tidak mampu menjaga Kerajaan Hijaz sebenarnya pada waktu itu.
Dan dalam perjanjian Darin, Saudi hanya bersetuju untuk tidak menyerang:

- Kuwait
- Qatar
- Negara-negara Trucial (kemudian menjadi UAE)

Dan kita kena ingat, perang Najd - Hijaz ke 2, hanyalah bermula bila Hijaz melarang jemaah haji dari Najd melakukan ibadah Haji.

Perbuatan melarang jamaah haji Dariyyah bukanlah hal yang baharu.

Pernah satu ketika dahulu, diwaktu Syeikh Muhammah Abdul Wahhab masih hidup, Makkah membunuh jamaah haji Dariyyah dan kemudiannya melarang kemasukan rakyat Dariyyah ke Makkah bertahun-tahun lamanya.

Tetapi kali ini, perbuatan keji tersebut diulang lagi, mengakibatkan Raja Abdul Aziz berang lalu mengumpulkan kekuatan.

Syarif Hussein Bin Ali minta bantuan pada British tapi ditolak kerana British enggan terlibat dalam pertikaian isu agama.






















Tidak lama sesudah Kerajaan Hijaz yang beribukota di Makkah berjaya di rampas oleh Kesultanan Najd, maka muncullah pikiran takut dalam benak para pengagum kubur.

Pada fikiran mereka, pastilah Ibn Saud akan membalas balik segala perbuatan yang pernah dilakukan oleh raja yang mereka cintai - Syarif Hussein Bin Ali.

Mereka meneka-neka nantinya mereka dihalang menuju Makkah untuk berhaji dan berteriak minta tolong pada Nabi.

Adalah perkara biasa, bagi seorang pembunuh selalu takut dibunuh, hinggakan gerak burung di rantingpun akan disangkanya pembunuh berlindung.

Begitulah juga seorang pencuri selalu risau hartanya dan hasil curiannya akan dicuri orang lain.

Maka semacam itulah kaum pendokong mazhab agama Raja Hijaz, takut mereka dikenakan balik segala perbuatan yang dilakukan atas kaum Wahabi.

Oleh kerana itu lah akhirnya para ulama mereka di Indonesia menubuhkan Nadhlatul Ulama (NU) pada Januari 1926.

Matlamatnya hanyalah satu: menghalang pengaruh Mazhab Salaf berkembang di Indonesia dan memberi tekanan kepada Saudi Arabia.

Malah deligasi NU pernah menuju ke Makkah bagi berunding dengan Ibn Saud. Maka pergilah 2 pemuka NU ke sana:

- K. H. Khalil dari Lasem
- K. H. Abdul Wahab dari Surabaya


___________________________
Abu Amru Radzi Othman

Comments