Sejarah Ringkas Bank Negara Malaysia

OLEH: Syafiq Murat

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu, 1958. Dengan penubuhannya, ia perlu memenuhi 5 objektif iaitu:

1. Untuk mengeluarkan mata wang, Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab menjaga nilai mata wang;

2. Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;

3. Untuk menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang boleh dipercayai, cekap dan lancar dan untuk memastikan dasar pembayaran negara dan sistem penyelesaian untuk manfaat Malaysia;

4. Untuk mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan;

5. Untuk mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara.

Oleh itu, dengan objektif berikut, bank dicipta untuk mengawal ekonomi Malaysia dengan selamat. Matlamat lebih luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, tahap pekerjaan yang tinggi, memelihara kestabilan harga dan satu keseimbangan munasabah dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara, membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.



Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam, dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa hadapan. Galeri Seni disini mempamerkan koleksi-koleksi seni Bank Negara dari bumi Asia Tenggara dan Malaysia dan diperolehi sejak tahun 1962.




___________________________
~ Syafiq Murat ~
Sahabat PENA

Comments