OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Sedangkan dari catatan Eropah, benteng terapung ini telah ditemukan pada 1691 lagi, jauh sebelum Perang Banjar terjadi.
Kota terapung ini saiznya bermacam-macam, namun menurut Belanda, panjang Kotamara sekitar 28m, lebar dalam 8.4m dan berketinggian 2.45m. Ia terbuat dari kayu balak pelbagai saiz dan buluh, berbentuk empat segi dengan disetiap bucu dibuat sedikit menonjol seperti benteng.
Di benteng yang menonjol ini disiapkan dengan 4 laras bedil sehingga jumlah keseluruhan bedil adalah 16 laras. Kotamara juga diisi dengan 12 laras lela.
Struktur dinding Kotamara yang dibuat dengan batang buluh dan blok kayu menyebabkan ia sukar ditembusi oleh bedil dan peluru yang ditembak oleh Belanda. Ketika ada dinding yang berlubang akibat ditembusi peluru, maka lubang tersebut akan ditampal semula dengan blok kayu atau buluh.
Di tengah-tengah Lanting Kotamara adanya bangunan setinggi 12 kaki yang dipanggil istana. Dari istana ini, diperkirakan 200 laras istinggar boleh melepaskan tembakan.
Kotamara juga dilengkapi dengan bilik tawanan perang, bekalan makanan, ruang yang dapat memuatkan 50 orang tentera, para tempat tidur dan banyak kemudahan lainnya.
Disebutkan bahawa Kotamara sempat meneggelamkan beberapa kapal Belanda dalam Perang Banjar.
Lampiran:
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment