Cerita Tentang Garam

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Ada apa tentang garam?

Kita tidak akan bahaskan tentang kelebihan garam atau kesan buruk garam di sisi kesihatan, kerana sudah terlalu banyak orang membicarakannya. Tapi yang kita ingin ceritakan adalah sekilas tentang sejarah garam yang menarik untuk dipelajari.

Sebelum adanya duit dari bijih maka manusia menggunakan pelbagai bahan yang berharga sebagai sistem matawang. Mungkin yang biasa kita ketahui adalah cengkerang siput. Mungkin juga ada yang mengetahui bahawa biji koko juga pernah menjadi mata wang. Namun tahukan kita bahawa garam sempat menjadi matawang pada zaman lampau.

Sebenarnya Duit Garam telah digunakan sejak zaman Rom Kuno dimana perniagaan dan perdagangan menggunakan wang jenis ini, malah para pekerja turut di bayar dengannya.

Nampaknya zaman dahulu garam itu sangat berharga. Mungkin ada yang akan beranggapan orang yang hidup di tepi pantai sangat beruntung kerana dapat menghasilkan banyak haram. Namun hakikatnya pada zaman itu, garam merupakan salah satu bahan galian; perlu dilombong. 

Walaupun ilmu untuk menghasilkan garam laut itu telah ada sebelum kelahiran Nabi Isa lagi namun ilmu ini masih tidak banyak diketahui oleh manusia. Khabarnya garam laut ada disinggung dalam kitab Vinaya Pitaka yang disusun pada pertengahan abad ke-5 SM.

[Dari sini dapat diketahui bahawa Garam Bukit didapatkan melalui perlombongan manakala Garam Laut pula dihasilkan dari air laut yang disejat. Bagaimana pula dengan Garam Meja (tablet salt)? 

Sebenarnya Garam Meja adalah garam yang telah diproses dengan membuang atau ditambang segala bahan mineral yang terkandung dalam dua jenis garam diatas sehingga Garam Meja mengandungi sekitar 97% hingga 99% natrium klorida (NaCL). Setelah itu beberapa bahan aditif akan ditambah ke dalam Garam Meja dan yang selalunya adalah iodin]

Kegunaan garam bukan sahaja untuk menambah rasa pada makanan malah untuk mengawet, menjeruk, mengeringkan makanan, dan berbagai lagi. Malah pernah terjadi peperangan kerana garam. 

Itulah yang terjadi pada 1540 diantara Kerajaan Perugia menentang Negara Gereja (Negara-negara Kepausan) yang pada ketika itu Kerajaan Perugia bernaung di bawah Kerajaan Gereja. Awal kejadian berpunca dari tindakan Paus Pope III mewujudkan Cukai Garam kepada seluruh rakyat dan jajahannya. Sedangkan pada ketika itu masyarakat mengalami kesulitan ekonomi.

Begitu juga Perang Garam San Elizario yang berlaku pada 1877 di Taxes, Amerika. Selain itu, kurang dari 100 tahun yang lalu ada juga konflik berkaitan dengan garam yang disebut 'Perarakan Garam' atau 'Perarakan Dandi' yang dikepalai oleh Gandhi bagi melawan Cukai Garam yang keterlaluan oleh British.

Dari catatan sejarah didapati Cukai Garam mula diperkenalkan di China sejak kurun ke20 sebelum Masihi lagi. Dan konflik berkaitan garam sentiasa belaku sehingga kurun ke 19M.

Selain daripada peperangan, garam juga menjadi peribahasa dalam banyak bangsa, salah satunya adalah bangsa kita - Melayu. Antara peribahasa yang menarik adalah:

(1) Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor

Maksud: takut rugi sedikit lalu mengalami kerugian yang banyak.


(2) Garam dikulum tidak hancur

Maksud: orang yang pandai menyimpan rahsia


(3) Bagai garam dengan asam

Maksud: sangat serasi / sangat padan

Pendek kata, walaupun garam itu kelihatan tidak berharga pada kita pada hari ini, namun tanpa garam maka makanan kita akan jadi hambar. 

Adapun hadis tentang mencicipi garam sebelum makan dan sesudah makan yang dikatakan sebagai sunnah, adalah hadis-hadis tersebut telah dibahas oleh ulama hadis sebagai cacat. Alhasil perbuatan tersebut bukanlah sebuah sunnah. Apakah hendak terus mengamalkannya, terpulanglah pada diri masing-masing, asalkan tidak menganggapnya sunnah Nabi Muhammad saw.



Catatan:

Mungkin nanti kita akan ceritakan sedikit seputar Poland pada tulisan yang lain, lantaran ia berkaitan Duit Garam.

A: Lombong garam di Himalaya

B: Lombong garam di Belarus



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments