Pementangan Terhadap Kopi Di Masa Silam

OLEH: Abu Amru Radzi Othman




Tempat dimana kopi ditemukan masih menjadi perdebatan; sama ada di Habsyah atau Yaman. Namun yang pasti pada kurun ke 15M, kopi memang sudah ada Yaman. Kemudian minuman ini menyebar di seluruh dunia Arab pada kurun ke 16M.

Dengan meluasnya minuman kopi ini lantas bermunculan respon keatas kopi termasuk  larangan serta fatwa keharaman dari pelbagai wilayah Islam.

Antara larangan yang terawal berlaku pada tahun 1511M di Makkah yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Mamluk Mesir. Gabenor Makkah ketika itu - Khair Beg - mewartakan undang-undang penutupan kedai kopi sekaligus pengharaman mengkonsumsinya. 

Keputusan ini dibuat atas nasihat pegawai perubatan yang menyatakan kopi tidak bagus untuk kesihatan. Malah ada yang berkata alasan Khair Beg adalah dia melihat wujudnya golongan yang menggunakan kopi bagi menghilangkan mengantuk ketika 'berjaga malam' - tahajjud. Hukumannya bagi sesiapa yang didapati meminum kopi atau menjualnya maka akan dipukul.

Isu seputar halal-haramnya kopi turut menyebabkan Al-Azhar mengambil bagian dalam hal ini lalu memberikan  keputusan pada tahun 1532/1533:  mengharamka kopi. Kesannya pada 1534/1535, ada masyarakat bertindak memasuki kedai kopi dan gudang kopi lalu merosakkannya.

Setelah penggemar kopi bertambah banyak maka hakim di Kaherah mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan ulama yang membenarkan kopi. Kesannya kopi makin diterima baik di Mesir.

Di Syria pula yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyqj, Muhammad Al Husaini, ketua hakim di Aleppo mengharamkan kopi di kota tersebut. Tidak lama kemudian dia dilantik menjadiketua hakim Damsyik pada 1545. Seperti yang dia lakukan di Aleppo maka tidak lama kemudian iaitu pada 7 Rabiul awal 953 / 1546, dia mengeluarkan perintah pengharaman kopi dengan persetujuan para ulama Damsyik. 

Dia juga meminta  Sultan Sulaiman Al Qanuni untuk mengesahkan larangan minum kopi lantas Sultan menyetujui larangan tersebut.

Selanjutnya Sultan Murad IV - pemerintah Dinasti Utsmaniyah ke 17 turut mengharamkan kopi di masa pemerintahannya. Hukuman berat sehingga mengancam nyawa akan diberikan kepada peminum kopi. Bagi kesalahan yang pertama adalah pesalah akan dimalukan di depan umum manakala bagi kesalahan kedua barulah akan dimasukkan ke dalam karung kulit lalu dijahit lantas dicampak ke dalam sungai.

Pengganti Murad IV iaitu Ibrahim I meneruskan pengharaman terhadap kopi untuk beberapa tahun. 

Pada tahun 1656, semasa perang dengan Candia, dan untuk alasan politik, Wazir Koprulu Mehmed Pasha menutup kedai kopi dan melarang kopi lagi. Hukuman yang dijatuhkan hampir sama dengan kebijakan Sultan Murad IV. 

Yang berbeza hanyalah untuk pelanggaran pertama hukumannya adalah dipukul. Sementara bagi kesalahan kedua tetap sama; dimasukkan ke dalam karung kulit lalu dijahit dan dilemparkan ke sungai Bosporus untuk tenggelam.



[Penentangan Di Benua Eropah]

Pada awalnya masyarakat Eropah tidak tertarik untuk mendekati kopi lantaran wujud khabar angin yang mengatakan minuman tersebut mengandungi racun. Konon khabar angin ini sengaja ditiupkan oleh para pedagang kopi Arab agar minuman yang enak ini - pada sesetengah orang - tidak akan sampai ke Eropah.

Tetapi akhirnya kopi tetap masuk ke sana dan hanya berkembang di Eropah pada kurun ke 16M.

Rupanya di Eropah juga berlaku kekalutan dengan berkembangnya kopi. Hinggakan ada mahasiswa di kota Marseilles yang terletak dalam negara Perancis - yang menulis tesis bertajuk "Apakah penggunaan kopi membahayakan kesihatan penduduk Marseilles" yang kesimpulan akhirnya dinyatakan salah satu kesan buruk kopi adalah menyebabkan keletihan, kelumpuhan, dan mati pucuk.

Ketika itu para doktor sempat mengeluarkan pendapat yang kopi dapat mengeringkan cairan serebrospinal (bahagian otak) lalu menyebabkan lumpuh.

Banyaklah para raja di Eropah melarang kopi termasuk Raja Charles II, pemerintah England sempat mengeluarkan perintah untuk menutup semua kedai kopi pada 1667.

Kemudian wujudnya bantahan dari wanita England pada tahun 1674 dengan mengeluarkan sebuah petisyen : "The Woman Petition Against Coffee" dengan beberapa alasan yang dihadapi oleh suami mereka antaranya mati pucuk 

Di Sweden, pelarangan kopi berlaku banyak kali bergantung kepada seseorang rajanya. Bermula pada 1746 dimana satu dikritik diraja dikeluarkan melarang kopi atas alasan penyalahgunaan dan keterlaluan minum kopi dan teh. 

Bermula dengan diwujudkan cukai keatas kopi dan kegagalan membayar cukai bahan kopi tersebut dikenakan denda. Lanjutnya adalah pengharaman secara total. 

Kemudian Raja Gustav III yang memerintah dari tahun 1771 hingga 1792 sempat menjalankan ujikaji Kopi keatas banduan kembar yang telah dijatuhkan hukuman mati dimana mereka diwajibkan meminum tiga teko kopi dan teh - seorang meminum teh dan seorang lagi meminum kopi - setiap hari sehingga mereka mati.

Selanjutkan pada tahun 1794, kopi sekali didiharamkan di Sweden. Pengharaman ini berulang kali diwartakan sehingga tahun 1820-an.

Di Prussia yang merupakan cikal bakal berdirinya German, turut mengharamkan kopi pada 1777.

Di Itali pula para paderi katolik mengaggap kopi sebagai 'minuman syaitan'. Satu ketika Pope Clement VIII cuba meminumnya lantas mendapati keenakan kopi. Kemudian dia berkata kepada para penasihatnya "Kenapa minuman syaitan ini sangat enak sehingga sayang jika orang kafir menggunakannya secara ekslusif ... kita harus menipu syaitan dengan membaptiskannya".

Tindakan Pope Clement VIII sempat mendapat kritikan hebat lantaran cara beliau 'menghalalkan' kopi adalah berdasarkan tekaknya. Namun hasil dari fatwanya untuk "membaptiskan kopi' - iaitu menjadikan kopi sebagai minuman kaum Nasrani - telah menyebabkan budaya kopi bertapak kukuh di Eropah hingga kini.




[K.H Sirajuddin Abbas Dalam Bukunya]

Di dalam kitab I'tiqah Ahlussunah Wal Jamaah karya K.H Sirajuddin Abbas menyenaraikan 'fatwa-fatwa yang menyimpang' dari kaum Wahabi pada zaman dahulu, antaranya adalah pengharaman kopi.

Dia bermaksud untuk menyudutkan kaum Salafi dengan hal ini. Namun sangat disayangkan betapa beliau tidak mengetahui  betapa pendahulu mazhab beliau sebelum kemunculan Gerakan Wahabi telah mengharamkan kopi. 

[Catatan]

Setakat ini saya lebih menggemari Kopi Kosong (Black Coffee) tanpa gula. Atau kopi dengan sedikit rempah: buah pelaga + cengkih + kayu manis.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments