SEJARAH BATIK DAN APLIKASINYA DI DALAM SUNNAH

Batik ialah sejenis kain yang dicorakkan dengan corak tertentu. Ia dipercayai bermula di Mesir dan akhirnya berbengaruh ke kebanyakan negara. Nusantara antara yang tidak terlepas daripada pengaruh itu.

Batik mempunyai berberapa jenis iaitu batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Juga tema kepada corak juga bergantung kepada pelukis.

Orang Jawa mempunyai corak unik yang tersendiri sehingga apabila kita sekilas pandang sahaja boleh diketahui bahawa ia batik jawa.



Melayu juga mempunyai corak tersendiri di dalam pembuatan batik. Kedua-duanya mempunyai keunikan yang tersendiri.



Kain batik ini lah yang akhirnya menjadi kain untuk perlbagai guna. Lelaki kebiasaannya menggunakan batik sebagai baju. Perempuan pula menggunakannya sebagai baju dan kadang-kala menjadikan batik sebagai kain sarung. Malah juga batik sering menjadi selendang wanita pada zaman dahulu kala. Namun batik tidak hanya diterhadkan pada busana sahaja.

Batik juga kadang-kala digantung di dinding rumah sebagai hiasan. Kadang-kala ia menjadi tirai di antara dua ruang yang hendak dipisahkan. Apabila dicangkukkan di atap, maka jadilah batik tersebut buayan bayi. Juga di dapur, menjadi alas meja. Malah juga menjadi alasa kepada perabut-perabut lainnya.

ADAKAH SUNNAH MEMAKAI KAIN BATIK?

Tidak ada sebarang dalil yang khusus bercerita tentang batik. Namun, pemakaian batik boleh mendapat pahala apabila pemakaiannya mengikut syariat.

Wallahualam.
___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
Facebook:  https://www.facebook.com/revolusimelayubaru/
_____________________________


Artikel Berkaitan:
1. KAEDAH MEMAKAI KAIN BATIK BAGI WANITA





Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments