OLEH: Saufy Jauhary
Pada 26-27 Ogos 1883, Gunung berapi Krakatau telah mengalami letusan yang sangat dahsyat hingga menggemparkan dunia. Gunung berapi yang terletak di Selat Sunda di antara Pulau Sumatera dan Pulau Jawa itu telah memusnahkan 2/3 Pulau Krakatau dan memporakperandakan wilayah sekelilingnya terutama negeri Lampong dengan bunyi yang menggegarkan dan Tsunami yang meragut nyawa hingga 36,417 orang dalam laporan rasminya. Manakala laporan tidak rasmi pula menyatakan bahawa 120,000 orang telah terkorban.
Tahukah anda betapa dahsyatnya letusan gunung berapi tersebut hinggakan bunyinya juga kedengaran sampai ke Selangor dan Kuala Lumpur (dahulu Kuala Lumpur adalah wilayah Selangor). Hal ini dilaporkan oleh seorang wartawan British di Selangor dan diceritakan juga oleh Datuk Haji Abdullah Hukum (meninggal dunia 1943) di dalam Riwayat Kuala Lumpurnya. Kita mulakan dengan laporan wartawan British terlebih dahulu. Laporan ini telah diterjemahkan oleh saudara Izmal Karim (aktivis arkib Terengganu). Berikut adalah laporan tersebut berserta terjemahannya:-
HOW KRAKATOA WAS HEARD IN SELANGOR
A correspondent writes from Selangor as follows under date 1st Sept. :-
I looked for the arrival of the Straits Times yesterday (Friday) with much curiosity, to see if therein I could find any explanation of the sounds heard here last Sunday and Monday.
They began about 4.30 p.m, on Sunday the 26th and sounded like the firing of a man of war at general quarters 3 or 4 miles off. The peculiarity of the concussions was, in a place like this far from the Coast, the sound as of the separate discharges of single heavy guns without rumbling or echo. The explosions increased about 9 p.m., the noises resembling the rattle of distant musketry and then the firing of an occasional heavy gun. About 1.30 a.m., on Monday there was an unusually loud discharge which woke many people. With daylight on Monday the noises were still heard, and at 10.30 there were two very loud explosions, one after the other, as of thunder about 2 or 3 miles away. After that I heard no more, but it is said by a few that the discharges continued till 5 p.m. ; the majority however agree that the loudest and the last explosions heard were at 10.30 a.m. to 11 a.m. on Monday. These explosions seem to have been heard with equal intensity at Kuala Lumpor (200 miles further than Singapore from the Straits of Sunda), at Langat 40 miles to the South, at Ulu Selangor 40 miles to the North, and I am told they were also heard in the interior of Perak about 300 miles North of Singapore. I should suppose they were also heard in Penang.
The direction of the sound was taken at several places and it was always found to be due South. The natives scribed the noises varicus causes, fighting in Selangor, in Pahang, in Rembau, in the Straits; Wedding festivities at Langat ; the action of evil Spirits ; and the Sakeis or wild people put it down to noises from mountain which had split, or suggested that the hill which contains the fine caves here had burst.
These wild people were very frightened. I had sent for some and they refused to come nearer than 5 miles from Selangor. A Government Officer who was at Langat, to whom the sounds seemed to come from the sea, as they did, was out from Sunday evening to Monday morning steaming about the Straits of Malacca in a steam launch trying to find out what it all meant.
I give you these details, as it will be of interest no doubt to ascertain how far and how intensely the explosions were heard. I fancy the explosions on Monday morning were and have been heard certainly at 800 and possibily at 1000 miles from the volcano.
It is said that the noise of the explosions was heard with extraordinary loudness at a place about 12 miles N.N.W. of Kuala Lumpor, and many people speak to having felt the ground shake under the concussions of Monday morning ; and it was even suggested to me that a Volcano had broken out in Selangor, but I am inclined to think that the explosions sounded loud to people who were listening for them in quiet country places, while in a town they might pass unnoticed . I felt sure by Wednesday that the noises were caused by a Volcano at some great distance South of us, but Krakatoa, or Kakatua or Kakati, whichever be correct, was so insignificant it did not suggest itself, and I thought the disturbance came from a Volcano in Sumatra.
Now I have seen the Telegrams up to Wednesday, and the riddle is read. I may mention that up Sunday the weather here had been delightfully cool, day and night ; since then the skies have been as of brass, there has been no raic, and the thermometer has each day risen to 94° or 95° ; the nights have been cool however, 69° and 70°.
(Straits Times Weekly Issue, 13 September 1883, Page 6)
TERJEMAHAN (Oleh Tuan Izmal Karim):-
Bagaimana Letupan Krakatoa Didengari di Selangor
Laporan wartawan dari Selangor pada 1haribulan September 1883.
Saya membaca akhbar Straits Times semalam (Jumaat) dengan penuh rasa ingin tahu, apakah dari laporannya dapat mencari penjelasan mengenai bunyi yang didengari pada hari Ahad dan Isnin yang lepas.
Bermula kira-kira jam 4.30 petang, pada hari Ahad 26 haribulan terdengar seperti bunyi tembakan dalam peperangan yang mana jaraknya sekitar 3 hingga 4 batu arah laut. Gegaran aneh ini berlaku jauh dari pantai seperti bunyi tembakan senjata berat yang kuat namun tidak bergema. Letupannya semakin kerap pada pukul 9 malam, bunyinya seperti tembakan dari senapang tetapi sayup-sayup dan di susuli dengan bunyi lebih kuat sesekali. Kira-kira pukul 1.30 pagi, pada hari Isnin berlaku letupan yang sangat kuat yang mana ianya mengejutkan semua pihak.
Siang hari pada hari Isnin, bunyi letupan ini masih jelas kedengaran, pukul 10.30 berlaku dua letupan yang sangat kuat, seperti paluan bunyi guruh dari jauh sekitar 2 ataupun 3 batu. Senyap seketika namun dikatakan oleh mereka yang lain bunyi letupan ini berterusan sehingga 5 petang. ; orang ramai menyatakan letupan yang paling kuat dan terakhir boleh dengari sekitar pukul 10.30 sehingga 11 pagi hari Isnin.
Letupan ini boleh didengari di Kuala Lumpur (200 batu lebih jauh dari Singapura dari Selat Sunda), di Langat 40 batu ke selatan, di Ulu Selangor 40 batu ke utara, dan juga di pedalaman Perak kira-kira 300 batu di utara Singapura. Saya juga merasakan ianya turut didengari sehingga ke Pulau Pinang.
Bunyi letupan ini boleh di dengari di beberapa lokasi sehingga ke arah selatan Singapura. Masyarakat setempat beranggapan bunyinya seperti suasana peperangan ataupun pertempuran di Selangor, Pahang, Rembau, Selat; dan sesetengahnya beranggapan bisingnya seperti adanya majlis perkahwinan di Langat; manakala bagai orang-orang asli pula mereka beranggapan bunyinya seperti suara-suara roh jahat dari arah gunung yang menyarankan agar gua-gua di dipecahkan.
Orang-orang asli sangat ketakutan. Saya cuba berhubung dengan mereka namun enggan keluar lebih dekat walaupun dengan jarak 5 batu dari Selangor. Seorang Pegawai Pemerintah yang berada di Langat, turut mendengar letupan dari laut seperti yang lain bertindak keluar menyiasat dengan kapalnya pada petang Ahad sehingga Isnin bagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di Selat Melaka.
Saya berikan gambaran lengkap ini kepada anda kerana tidak perlu diragui lagi bahawa letupan kuat yang berlaku pada pagi Isnin ini boleh didengari dari jarak 800 dan mungkin sehingga 1000 batu dari lokasi gunung berapi.
Dikatakan bunyi letupan ini agak yang luar biasa yang boleh di dengari dari jarak sekitar 12 batu dari N.N.W.(? )Kuala Lumpur, dan ramai orang bercakap merasai gementar bila berlaku gegaran pada pagi Isnin; pada mulanya ada yang berpendapat gunung berapi ini telah meletup di Selangor, namun saya beranggapan letupan itu terdengar dengan jelas buat mereka yang berada di lokasi kampung yang mana suasananya lebih tenang, sementara di bandar mereka tidak menyedari ianya berlaku. Saya yakin peristiwa yang berlaku pada hari Rabu lepas disebabkan oleh gunung berapi yang jaraknya jauh di selatan kita, Krakatoa, Kakatua ataupun Kakati, mana yang lebih betul tidak penting tetapi berkeyakinan letupan ini dari Gunung berapi di Sumatera.
Setelah melihat Telegram pada hari Rabu teka-teki saya telah terjawab. Hari Ahad cuaca di sini sangat sejuk bermula waktu siang sehingga malam dengan langitnya agak kekuningan, manakala suhunya meningkat kepada 94 ° ataupun 95 °; namun pada waktu malam suhunya menurun dan agak sejuk dengan bacaan 69 ° dan 70 °.
(Straits Times Weekly Issue, 13 September 1883, Halaman 6)
Berikut diceritakan pula oleh Datuk Haji Abdullah Hukum (meninggal dunia 1943) di dalam Riwayat Kuala Lumpur. Beliau adalah Datuk Dagang Dianjuk di Bandar Kuala Lumpur. Ketika kejadian berlaku, beliau baru sahaja pulang dari Pahang kerana membeli kerbau. Cerita beliau:-
"Kira-kira pukul sepuluh pagi sampailah saya di Batu Tiga Jalan Ampang, tiba-tiba saya terkejut mendengar bunyi meriam mula-mulanya satu-satu dan jarang-jarang kemudian rapat. Di situ saya berjumpa dengan Encik Atin orang Rembau, saya tanyakan kepadanya katanya, Kapitan Yap Ah Loy "sempayang". Saya terus ke Hulu Kelang bermalam di sana tetapi bunyi meriam itu tiada berhenti. Kira-kira pukul empat pagi kedengaran dua tiga letupan bagai bunyi halilintar sehingga bumi telah bergegar.
Pagi itu kemudian daripada telah minum kopi saya pun bertolak menuju Bentong. Apabila sampai di Batu Bertabur (Sekarang Klang Gate namanya) saya dapati orang di situ berkejutan bahkan ada yang berlarian disebabkan oleh mendengar letusan meriam itu yang kononnya ialah bahawa Kapitan Yap Ah Loy sedang berperang dengan orang putih di Kuala Lumpur.
Saya pun terkejut mendengar perkhabaran itu. Saya sudah menjadi serba salah, jika saya tentukan kerbau, anak isteri saya akan terbiar, jika saya tentukan anak-anak isteri barangkali kerbau saya lucut. Akhirnya, saya tetapkan bahawa wajiblah di atas diri saya menentukan anak isteri saya, pada masa itu tidaklah saya peduli apakah yang akan berlaku atas kerbau-kerbau saya itu. Saya terus patah balik ke Kuala Lumpur dengan keadaan gopoh-gapah terburu-buru mengikut orang ramai yang telah kusut itu di tengah jalan seterusnya saya berjumpa orang berkejutan di sana sini.
Bunyi letusan itu tak syak lagi di Kuala Lumpur rasanya. Tetapi apabila saya semakin dekat ke Kuala Lumpur bunyi itu tidak pula semakin dekat malah orang di Kuala Lumpur tercengang pula mendengar bunyi itu. Bagaimana besar bunyinya pada masa saya di Batu Bertabur begitulah jua kedengaran pada masa saya di Kuala Lumpur. Orang di Kuala Lumpur tiada berperang tetapi menjadi ribut masing-masing membawa cerita begitu begini daripada yang bukan-bukan jua.
Petang itu bunyi itu telah senyap tiada kedengaran lagi. Keesokan harinya saya bertolak balik meneruskan pekerjaan menyonsong kerbau itu adalah kira-kira empat lima hari sampailah saya balik ke Kuala Lumpur dengan selamat membawa kerbau-kerbau itu.
Tak berapa lama di belakang datanglah perkhabaran dari pihak orang yang tahu bahawa letusan itu ialah letusan gunung berapi di Lampong (Sumatera) yang sampai sekarang dinamakan orang "Lampong Pecah".
Sumber: Kuala Lumpur Dari Perspektif Haji Abdullah Hukum.
Untuk melihat filem dokumentari kedahsyatan letusan gunung berapi Krakatau: https://youtu.be/P7rsY2YZFxc
Untuk mendengar bunyi letusan gunung berapi Krakatau yang sempat dirakamkan, "Krakatoa Eruption Real Sound (1883)": https://youtu.be/v2pPRiUUnOg
Filem Melayu Klasik yang diadaptasi dari Syair Lampung Karam: https://youtu.be/YfX3yBneHF0
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment