Mengapa Uthmaniyah Memasuki Perang Dunia Pertama



OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Benar majoriti tanah jajahan Uthmaniyah di Arab sudah tidak menyokong Uthmaniyah kerana dasar Pan Turki yang diamalkan oleh Uthmaniyah.

Manakala Perang Besar Eropah itu tidak ada kaitan dengan Turki.

Cuma:

(1) Jerman adalah sahabat baik Turki dan negara yang banyak membela Turki selama ini. Jadi Turki terpaksa membantu sahabat baiknya dalam perang itu.

(2) Rusia adalah musuh bebuyutan kepada Turki, dan Rusia sedang melawan Jerman.

(3) Perancis yang satu masa dahulu adalah sahabat baik Turki namun berubah menjadi musuh. Maka sakit hati kepada Perancis tersemat pada Turki.

Maka setelah Turki masuk menyertai Perang Besar Eropah ini, ia bertukar menjadi Perang Dunia I.

Pendek kata, perang ini tidak mempunyai kaitan sangat dengan 'serangan keatas Islam'.

Dan apabila Turki masuk ke dalam perang maka banyaklah wilayah jajahannya berusaha untuk merdeka.




___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments