OLEH: Amirul Mukminin
Selalunya bila anda berkelana anda akan dapati banyak monument atau patung peringatan wira-wira sesebuah bangsa di negara tertentu. Anda mungkin terjumpa patung salahuddin al ayubi di Damascus Syria, atau patung King Arthur di Cornwall UK. Jika and abaca buku-buku sejarah , setiap negara bangsa akan memuatkan nama-nama wira mereka dalam buku teks yang dijulang sebagai wira, ingatan , dan semangat kebangsaan atau muzium memperingati seseorang hero. Misalnya Joze Rizal untuk Philippine, Ataturk untuk Turki, atau lebih lama lagi Ertugul untuk Turki, Parameswara untuk Melaka , Gengiz Han orang Mongol, dan seterusnya.
Semua ini merupakan antara ramuan untuk mencipta sentiment kebersamaan, dalam mewujudkan semangat nasionalisma bagi sesebuah negara bangsa. Negarabangsa ialah konsep negara bertreaskan satu identiti atau bangsa. Sesebuah negara-bangsa harus mewujudkan semangat kesetiaan, bagi melindungi dirinya dari ancaman luar. Kesetian ini diikat dengan semangat nasionalisma(kebangsaan) dan semangat nasionalisma kemudiannya membentuk identity. Identiti ini misalnya bila ditanya siapakah orang melayu?- lantas Berjaya kita bangga menunjuk tokoh-tokoh ini adalah wira kita, kita berasal dari keturunan sekian sekian itulah maknanya melayu. Siapakah Arab? Maka ditunjukkan tokoh-tokoh sekian sebagai ‘bapa orang arab’ atau wira orang arab. Maka itulah kita. Dalam bahasa lain antara ramuan sebuah identiti nasionalisma adalah : heroism, romantism , dan symbolism.
Persoalan seperti ini mendapat tempat dikalangan sekolah pemikiran Konstruktivis dalam Hubungan Antarabangsa. Mereka ini merupakan sosiolog global. Pembinaan negara bangsa, naratif sejarah, dan nasionalisma hanyalah merupakah idea dan imeganasi para nasionalis dan ia merupakan konstruk social yang dibina dalam fikiran kita (Anderson:1991)( Gellner, E. 2006) Kerana itu kita melihat anehnya dan celarunya ketiga-tiga unsur ini sehingga hari ini. Ini kerana Negara ingin memaksakan sebuah identity yang tidak sesuai dengan hakikat dan sifat alami sesebuah bangsa. Identiti bangsa sesungguhnya terbina bukan sahaja dari hikayat dan cerita pahlawan kepewiraan tetapi juga dibina oleh norma, bahasa, kebudayaan, pertukaran idea dalam ketamadunan masing-masing atau disebut silang ketamadunan. (Berger:1998), ( Katzenstein: 1996).Bahkan permasalahan ini dilihat tidak menyelesaikan apabila idetiti artificial dan sintetik ini dijadikan sebuah tonggak utama negara bangsa. Misalnya saya bawakan Heroism, Romantism, dan Simbolism. Apakah Parameswara itu layak dijadikan hero untuk warga Malaysia? Sedangkan ia seorang warga Palembang? . Siapakah layak menganggkat Al-Biruni sebagai symbol apakah orang Iran atau Uzbekistan atau Turki kerana beliau seorang rumpun Turkic , tinggal diwilayah wilayah Turkistan Utara (Uzbek hari ini) dan menulis serta bertutur didalam bahasa Parsi ? Mengapa Salahuddin dijadikan romantisma orang republic Syria sedangkan beliau seorang Kurdi dan Kurdi ditindas di Syria? Misalnya negara Macedonia tidak dibenarkan menggunakan nama itu kerana kaitannya dengan Alexender the Great yang di’klaim’ sebagai wira Greek. Sang Nila utama wira Singapura atau Riau kerana di Riau mereka membina Muzium untuk sosok ini ?.
Bahkan kalau dikira ketapatan fakta sekalipun kebanyakan sejarah diselewengkan atau di ‘cipta’ untuk menampakkan kegahan sesuatu bangsa. Wujudkah Hang Tuah? Ahli sejarah misalnya Prof Ahmat Adam dan Prof Emeritus Kho okay Kim juga meraguinya. Atau seperti saya sebutkan sejauh mana benar tembok Melaka se-gah seperti yang cuba digambarkan sesetengah pihak? Eropa wanita yang dikatakan Puteri Phoenician yang diculik oleh Zeus menyamar sebagai seekor lembu jantan dan Benua Eropah sempena namanya apakah benar atau sebenarnya beliau adalah seorang wanita berkulit hitam ?
Itu belum lagi konsep identiti negara-bangsa ini dipaksakan kedalam sebuah masharakat majmuk dan multikultur dan dipaksakan kedalam era globalisasi di mana identity mula mencair dan kabur. Misalnya apa signifikasi Sang Nila Utama (melayu itu) dengan kaum cina di Singapura? Apakah Merah silu memberi impak pada orang arab yang lahir atau berhijrah ke Malaysia atau tanah melayu ? atau sebenanrya budaya yaman dan hadramaut lebih kukuh dihati dan lebih rasional pada mereka?. Atau kalau sejarah Christopher Columbus diangkat sebagai symbol utama dalam sejarah Amerika sedangkan pada penduduk asal (Red Indian) Amerika Columbus seorang penjajah dan perampas dan perogol ?.
Negara Indonesia dan Thai misalnya membina indentiti Satu-Bangsa ‘Bangsa Indonesia’ ‘Bangsa Thai’ yang tidak pernah ada maknanya dalam genologi apatah lagi sejarah. Dan kes singapura seperti diawal karangan ini, mereka sedang memperkukuh dengan model multi-kulturalism, walau usaha itu agak jengkel dengan 4 tokoh tersebut sekurangnya mereka cuba memperkasakannya dan menbinanya. Cuma persoalan kritikal apakah identity Malaysians ? Malaysia belum kukuh identitinya hatta identity sintetik dan artificial sekalipun. Agak menyedihkan.
Sebenanrya konsep negara-bangsa wujud pada abad ke 17 di Westphalia Eropah yang sangat Eurosentrik. Bahkan ia mencerminkan pengalaman politik eropah. Setelah penjajahan, konsep ini dipaksakan kepada mantan negara empiyar yang punya konstruk-sosial dan bebanan sejarah yang berbeza bak siang dengan malam, langit dengan bumi. Kerana itu persoalan ini masih tidak selesai dalam Hubungan Antarabangsa. Dan kerana itu kecelaruan identiti masih berlaku di negara pasca-kolonial oleh kerana ciptaan indentiti ini bersifat tidak mencerminkan bebanan sejarah, sosio-politik, dan demografik yang dinamis teruatama pada era globalisasi. Dan kerana itu persoalan ini terus digali-kaji oleh pengkaji Hubungan Antarabangsa terutama kelompok sosiolog global atau konstruktivis.
Rujukan :
1. Anderson, B. R. O. G. (1991). Imagined communities: Reflections on the origin and spread of nationalism. London: Verso.
2. Berger, T. U. (1996), Norms, Identity and National Security in Germany and Japan, P. J. Katzenstein ed., The Culture of National Security: Norms and Identity in World Politics, New York, Columbia University , Press, 317-356
3. Gellner, E. (2006). Nations and nationalism. Oxford: Blackwell.
Katzenstein, P. J. (1996), Cultural Norms and National Security: Police and Military in Postwar Japan, Ithaca, London, Cornell University Press.
4. Club, M. H. (2016, February 21). "Betulkah Hang Tuah Wujud?" by Prof Em Dr Ahmat Adam. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=Xz2KuvuPBDM
(2015, December 2). More records proving existence of Hang Tuah may be hidden in New Delhi ,Retrieved January 07, 2019, from https://www.nst.com.my/news/2015/12/115161/more-records-proving-existence-hang-tuah-may-be-hidden-new-delhi
___________________________
~ Amirul Mukminin ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment