OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Dalam Hikayat Hang Tuah, dinyatakan bahawa beliau telah belayar ke China dan kemudian juga dititah ke Rom Timur untuk membeli meriam.
Sejarah mencatatkan bahawa kerajaan China dibawah Dinasti Ming telah menghantar Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) dan membekalkan 500 orang dayang serta jurutera dan arkitek.
Yang menjadi laksamana ketika itu adalah Tun Perpatih Putih. Seluruh rombongan China yang berlumlah 500 lebih itu masuk Islam dan diberikan sebuah kawasan kediaman yang kemudian dinamakan Bukit Cina.
Dari adanya jurutera dan arkitek maka berlakulah perpindahan ilmu sains cina kepada umat melayu. Oleh sebab itu wujud senibina cina lada beberapa masjid di Melaka. Serta jambatan Melaka yang hebat juga dibangunkan menggunakan batu bata.
Dan tujuan pelayaran oleh Laksamana Tun Tuah adalah misi diplomatik bukan misi perkahwinan; beliau singgah ke kerajaan Keling di India sebelum menuju ke China.
Catatan Ming menunjukkan bahawa Pai Li Mi Su La dan anaknya dari Melaka merupakan raja pertama mengadakan lawatan diplomasi ke Nanking. Hal ini didedahkan oleh Prof Wang Gangwu dalam "The First Three Rulers Of Malacca". Kebarangkalian ini berlaku pada pemerintahan Maharaja Zhu Di yang dikenal dengan gelar Maharaja Yongle.
Parameswara meminta bantuan Maharaja Ming untuk membantu Melaka dari gangguan Siam dan sebagai imbalannya maka Melaka memberikan satu kawasan pangkalan untuk kapal Kerajaan Ming.
Mahajara Yongle yang memerintah sejak 1402 sehingga 1424 telah mengadakan armada Laut China yang diketuai oleh Laksamana Zheng He (1371 - 1433) yang mana dunia Melayu memanggilnya sebagai Cheng Ho.
Malangnya segala catatan Laksamana Zheng He telah dibakar oleh pegawai.
Pada tahun 1477, Majlis Sida meminta dokumen pelayaran Zheng He untuk dinikai dan penyambungan misi "Pelayaran Diplomasi" namun pegawai arkib menyatakan semua dokumen telah hilang.
Catatan pasal Zheng He hanya didapatkan dari 3 kelasi yang mengikuti pelayaran tersebut iaitu Fei Xin, Gong Zhen dan Ma Huan.
Kebarangkalian juga bersama dokumen-dokumen lain termasuk catatan rombongan Tun Perpatih Putih dan Tun Tuah.
Adalah sangat tidak munasabah apabila hujah "tidak wujud catatan Istana Ming" terhadap Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po untuk menafikan kewujudan meteka.
Mengikut ahli sejarah Geoff Wade yang menulis bagi Institute Of Southeast Asian Studies di National University of Singapore, Zheng He telah membina pangkalan di Melaka.
Hakikatnya rombongan Tun Tuah ke China bukanlah misi diplomatik pertama Melaka sebaliknya adalah misi ke 3.
Satu hal yang menarik adalah kisah Duta Postugis ke China iaitu Tome Pires telah ditangkap oleh Maharaja Ming dan mati dipenjara. Portugis hanya menyatakan pembunuhan itu berlaku atas sebab konflik tetapi sda catatan menyebut sebagai "hukuman atas menjarah Melaka".
Dari sini kita dapat melihat keserasian sastera Melayu dengan catatan sejarah:
(1) Pengiriman Puteri Hang Li Po berlaku pada zaman Pelayaran Diplomasi Ming.
(2) Catatan Istana Ming ada yang hilang.
(3) Melaka menyediakan Pangkalan untuk Kerajaan Ming.
(4) Nama tokoh dalam catatan satu bangsa selalunya berbeza.
(5) Kaitan pembunuhan Tome Pires dengan kejatuhan Melaka.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments
Post a Comment