Melayu Borneo Dan Kerajaan Melayu

OLEH: Halim Abdurrahman

Sebahagian beranggapan bahawa pulau Borneo (termasuk Sabah & Sarawak) adalah pulau litupan hutan belantara yang dipenuhi orang asli primitif, ia hasil gambaran berat sebelah dituang oleh media tempatan dan barat selama ini. Sebenarnya itu adalah andaian yang tidak tepat. Bagi yang mengetahui sejarah dan ilmu antropologi , Borneo adalah sebuah pulau besar (ke-3 terbesar dunia) yang dihuni oleh pelbagai suku terutama bangsa Melayu.

Pulau inilah wujud sekian banyak kerajaan kesultanan Melayu serta ianya masih ada hingga ke hari ini. Antaranya ialah:

1. Kesultanan Brunei (dulu pemerintah Sarawak & Sabah )
2. Kesultanan Pasir (Kalimantan)
3. Kesultanan Banjar (Kalimantan)
4. Kesultanan Kotawaringin (Kalimantan)
5. Kesultanan Sambas (Kalimantan)
6. Kesultanan Kutai Kartanegara Ing Martadipura (Kalimantan)
7. Kesultanan Berau (Kalimantan)
8. Kerajaan Pagatan (Kalimantan)
9. Kesultanan Sambaliung (Kalimantan)
10. Kesultanan Gunung Tabur (Kalimantan)
11. Kesultanan Pontianak (Kalimantan)
12. Kerajaan Tidung (Kalimantan)
13. Kesultanan Bulungan (Kalimantan)

Semua kesultanan ini adalah kesultanan Melayu yang sama seperti kesultanan Acheh, Melaka dan kerajaan Melayu sekitar semenanjung Malaysia. Menurut sejarah, sebahagian kerajaan ini mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak zaman Dinasti Sung dan hubungan dengan kerajaan lain seluruh Nusantara.








___________________________
~ Halim Abdurrahman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments