Kenderaan Malaysia Di Perlumbaan Antarabangsa

OLEH: Taufiq Tuah



Malaysia antara negara yang membangun di dunia. Selain itu, Malaysia juga merupakan salah satu negara pengeluar kenderaan darat di Asia Tenggara. Mungkin ramai orang tempatan yang masih berfikiran bahawa buatan Malaysia hanyalah buatan teknologi rendah dan tidak bermutu tinggi. Namun sedar atau tidak sedar, produk kenderaan yang dianggap lekeh ini sebenarnya telah melangkah jauh di perlumbaan antarabangsa.



Proton (Syarikat Malaysia) telah memiliki saham majoriti ke atas Lotus pada 1996. Team Lotus pada 2010-2011 ialah hasil daripada gabungan-gabungan syarikat Malaysia membentuk sebuah kumpulan F1 tempatan. Menggunakan kereta Lotus, Team Lotus berlumba di litar antarabangsa.

Lotus FT Team pula muncul pada 2012 dengan tema hitam emas. Bukanlah membentuk team tempatan tetapi masih memakai jentera-jentera Lotus ketika berlumba.


British Touring Car Championship (BTCC) merupakan satu perlumbaan masyhur di England. Petronas Syntium Proton menghantarkan Proton Impian di dalam perlumbaan. Proton Impian sebenarnya ialah nama lain bagi Proton Waja. Namanya diubah ketika sampai ke London.

Kemudian, kumpulan yang berbeza, Denis Welch Motorsport pula menggunakan jentera Proton Persona ketika perlumbaannya di BTCC.


Malaysia Championship Series merupakan perlumbaan yang julung kali diadakan di Malaysia. Kumpulan R3 merupakan team rasmi daripada R3. Kumpulan ini membuat kajian terhadap semua jenis kereta Proton untuk diuji di atas perlumbaan.


PERT merupakan kumpulan rasmi Proton di awal-awal era penubuhannya. Banyak memfokuskan pada perlumbaan rally. Kemudian tugas ini diambil alih oleh R3.

Mellors Eliot Motorsport juga banyak menyertai perlumbaan Rally dengan menggunakan jenteranya, Proton Iriz.

Modenas mulai masuk ke litar Motor GP dengan ModenasKR3 digunakan oleh Marlboro Team Roberts. Kemudian, Team Proton KR menyertai MotoGP dan juga menggunakan Modenas KR sebagai jentera perlumbaan.

Petronas ClubPrix pula diadakan dan team pertama menggunakan jentera Modenas ialah Modenas Yuzi Pachi Racing Team dengan menggunakan Kriss. Kemudian Modenas Racing Team menggunakan Kriss dan Dinamik.


___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi




Comments