Tips Posisi Menyusukan Bayi

OLEH: Lara Marina


Bagi ibu-ibu muda yang baru dikurniakan cahaya mata, anda pasti kekok untuk menyusukan bayi kerana ia adalah pengalaman kali pertama anda memegang dan menyusukan bayi.

Sebelum memikirkan posisi mana yang bersesuaian, secara asasnya, perkara yang perlu untuk keselesaan menyusukan bayi ialah :

1. Ibu duduk dalam keadaan yang selesa.
2. Bantal untuk menyokong bahagian belakang dan tangan ibu.
3. Kaki disokong kedudukannya
4. Sokong payudara ibu dengan tangan berbentuk C atau U.

Setelah itu, baru lah ibu boleh menyusukan bayi dengan menggunakan salah satu teknik menyusu yang bersesuaian antaranya seperti berikut :

( Penerangan pada setiap gambar)


1. MENDUKUNG (CRADLE)

Posisi ini menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia tidak sesuai bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Namun, jika lekapan penyusuan tidak betul dan tiada bantal untuk menyokong tangan dan badan ibu, lama-kelamaan ibu akan merasa cepat lenguh.

2. MENDUKUNG BERSILANG (CROSS CRADLE)

Posisi ini adalah posisi yang sangat sesuai untuk ibu yang
* mempunyai payudara yang besar
* mengalami masalah puting rata/tenggelam
* bayi bermulut kecil
* ibu yang bersalin secara pembedahan

Ini kerana, posisi ini menggunakan sepenuhnya kedua belah tangan. Ianya posisi yang sangat senang buat ibu yang baru mula belajar menyusu.

Tangan pertama, mengampu payudara manakala tangan kedua menyokong bahu dan punggung bayi.

Ibu boleh merangsang bayi untuk membuka mulut dengan luas, dengan cara memainkan puting di mulut bayi. Bila mulut bayi terbuka, luas barulah ibu boleh memasukkan puting ke dalam mulut bayi.


3. MENDAKAP (FOOTBALL HOLD)

Posisi yang mudah kerana ibu akan kurang merasa lenguh, dan ia sangat sesuai untuk :

1. Ibu yang mempunyai anak kembar, boleh menyusu serentak
2. Ibu yang mempunyai masalah flat/inverted nipple
3. mulut bayi yang kecil
4. payudara ibu yang besar
5. Ibu yang bersalin secara pembedahan

4. BERBARING ( SIDE LYING )

Posisi ini juga adalah salah satu posisi favorite ibu-ibu. Sambil menyusu, bolehlah sama-sama tidur dengan bayi.

Ia juga posisi yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Namun perlu berhati-hati kerana jika bayi masih kecil, sebolehnya elakkan dulu kerana risau ibu tertidur ketika menyusukan bayi. Posisi ini sesuai bagi bayi yang sudah pandai meniarap dan berpusing.

Jika ibu risaukan bayi tertutup hidung ketika menyusu, ibu hanya perlu “tinggi”kan sedikit posisi bayi terutama punggungnya, supaya kedudukan bayi lurus dan selari supaya susu akan mengalir lancar dan hidung bayi tidak tertutup.


Jadi, Ibu-ibu boleh mencuba menyesuaikan diri dengan posisi mana yang ibu rasa bersesuaian dengan keselesaan ibu.



Selamat Mencuba!

___________________________
~ Lara Marina ~
Sahabat PENA

Comments