OLEH: Taufiq Tuah
Setem ini ialah setem Johor pada tahun 1949 yang ada padanya wajah DYMM Sultan Sir Ibrahim Al Masyhur Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda ialah cucu kepada Tun Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (Temenggung Daeng Ibrahim). Baginda lah yang menjadi penaung bagi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor).
Unik, kelihatan seperti setem-setem ini ialah milik wajah yang berlainan. Namun sebenarnya wajah di dalam setem-setem ini ialah daripada wajah yang sama iaitu wajah DYMM Sultan Ibrahim.
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru


Comments
Post a Comment