3 Sebab Mesir Sambung PKP

OLEH: Mohd Faizal Sabhon

1.Dua tiga hari ini, sangat serius mendengar ucapan YAB Presiden Mesir dalam semua majlis beliau yang disiarkan, kenyataan2 akhbar dan menngikuti rapat melalui sumber berkenaan keputusan jawatankuasa bertindak bencana wabak COVID 19 peringkat kabinet Mesir yang diadakan setiap hari.

2.Hari ini AL NUHAS EDUCONSULT ada lebih kurang 40 orang pelajar seluruh Mesir dalam pelbagai peringkat dan bidang.Mengetahui keadaan semasa amat penting jika ada ibu bapa yang menghubungi bila-bila masa (kalau tak angkat tuh aku tido).

3.Lebih penting, AL NUHAS TRAVEL & TOURS mempunyai beberapa trip yang akan ke Mesir, Jun, Julai, September dan Disember.Masih belum batal dan harap diteruskan.Ia bergantung keadaan semasa Mesir.

4.Sebagai Khidmat Sosial Korporat (kunun2nya) secara percuma kepada semua yang dapat membaca, ini jer sumbangan yang dapat saya bantu buat masa ini.

5.Berbalik kepada tajuk, sepatutnya Mesir tamat PKP pada 9 april manakala Sekolah dan Universiti dibuka semula pada 15 april.

6.Sepertimana kita semua tahu, PENJARAKAN SOSIAL atau SOCIAL DISTANCING atau dalam bahasa arabnya الابتعاد الاجتماعي sebagai salah satu langkah pencegahan penularan wabak Covid 19.

7.Mesir saat ini menanganinya dengan baik dan terkawal.Jika ada yang tidak percaya dengan sistem hospital di Mesir, nanti kita akan jelaskan dalam ruangan lain.

8.Mesir masih dalam kategori negara yang mampu kawal penularan wabak ini dan ini juga diakui oleh WHO.

9.Presiden Mesir dengan jelas dalam ucapan beliau beberapa hari lalu menyatakan PKP tidak boleh terlalu lama untuk pembangunan dan ekonomi Mesir.Dari ucapan ini kita faham, Mesir sangat serius dalam tindakannya sebab itu dari awal lagi, seawal 15 mac,Sekolah Universiti ditutup diikuti pembersihan dan operasi nyah kuman oleh Angkatan Tentera kemudian diteruskan dengan perintah berkurung di malam hari atau PKP Mesir.

10.Mesir meletakkan beberapa INDIKATOR berdasarkan ucapan Perdana Menterinya semalam.Antaranya, kes baru setiap hari MESTILAH hanya dalam lingkungan antara 130 - 150 kes sahaja.Inilah apa yang berlaku sepanjang PKP dilaksanakan selama ini.Jika lebih, maka tindakan lebih agresif dan langkah pencegahan penularan lebih efektif akan dilaksanakan.Mesir telah meletakkannya dalam keadaan bersedia pada bila2 masa jika berlaku.

11.Hospital2 pula ditambah oleh pihak Tentera sebagai langkah berjaga-jaga jika sampai ke tahap yang diletakkan oleh INIKATOR mereka.

12.Disamping itu, hospital awam juga ditambah khas untuk rawatan Covid 19, selain kolej2 penginapan pelajar di beberapa IPTA Mesir dijadikan pusat kuarantin.

13.Walaubagaimana pun, terdapat beberapa hari penting di Mesir dalam bulan April ini yang mana ia berpotensi untuk MERIAH SOSIAL dan TIDAK MENGGALAKKAN MAKSUD PENJARAKAN SOSIAL.


EID EL FASAH ATAU EID EL QIAMAH

14.Pada 19 April ini, penganut Kristian Koptik Mesir seramai lebih kurang 9 peratus dari 90 juta rakyat akan menyambut EID FASAH atau EID QIAMAH.

15.Ianya satu perayaan yang mengikut kepercayaan mereka, sebagai memperingati Nabi Isa A.S bebas setelah disalib.Mereka meraikannya setelah berpuasa selama 55 hari.

16.Mesir akan bercuti sebagai menyambut perayaan berkenaan, penganutnya pula akan memenuhi gereja dan seperti biasa perkumpulan2 di pelbagai tempat sebagai meraikannya.


SYAMMU EL NASIM

17.Pada 20 April pula, satu Mesir sekali lagi akan bercuti kerana sambutan perayaan MUSIM BUNGA.Bukan sebarang cuti.

18.Pada masa ini sekali lagi zoo-zoo, taman-taman rekreasi, pantai-pantai, kornesh selain ziarah sedara mara dengan makan-makan IKAN FASIKH sambil gigit basol akhdhor (rugi tak makan tahun nie...huhu... rindu Mesir....)

19.Kali ini yang sambut, bukan 9 peratus, tapi boleh kata semua rakyat Mesir.


PERSIAPAN RAMADHAN

20.Menyambut Ramadhan di Mesir seolah-olah menyambut raya di Malaysia.Manusia akan bersesak2 di banyak tempat membeli barang keperluan dan perhiasan, selain amalan sedekah melalui SYANTAH RAMADHAN.

21.Sepuluh hari sebelum Ramadhan, jalan akan sesak dan semua mall akan sesak.Manusia berpusu2 membeli keperluan.

22.Kesemua acara di atas berpotensi mengganggu PENJARAKAN SOSIAL.Tindakan kerajaan Mesir meneruskan PKP adalah memastikan langkah pencegahan berjaya.

23.Kebiasaannya, pergerakkan trafik dan semua pejabat kerajaan (walaupun bukan cuti) akan perlahan ketika siang Ramadhan yang akan bermula 23 April atau hari terakhir PKP.

24.Waktu puncak hanya saat buka puasa itu pun kerana (maedah Rahman) dan ini TELAH DIBEKUKAN oleh kerajaan Mesir.Ia langsung tidak dibenarkan setakat ini.Adat di Mesir bagi golongan sederhana dan ke atas, mereka lebih suka buka beramai2 di rumah.Kekerapan dalam rumah sepanjang Ramadhan adalah lebih besar kerana menonton MUSALSAL RAMADHAN.

25.Insyaallah, PKP Mesir akan berakhir di Mesir pada 23 April jika keadaan masih pada indikator yang mereka letak.Hanya telahan saya dan tak semestinya betul.


___________________________
Mohd Faizal Sabhon

Comments