Kenapa Nak Bantu B40 yang Tak Menyumbang kepada Ekonomi Negara?

OLEH: Taufiq Tuah

MENJAWAB: "Kenapa nak bantu B40 yang tak menyumbang kepada ekonomi negara?"

Pendapatan Median Isi Rumah Malaysia

B40 ialah 2/5 daripada penduduk Malaysia. Golongan ini lah yang sepatutnya difokuskan untuk mendapat bantuan.

Entah kenapa akhir-akhir ini golongan T20 pula yang membuat desakan meminta bantuan khusus. Malah ade juga golongan T20 yang tiba-tiba mempersoalkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada B40 dan M40.

Di musim PKP ini, banyak negara yang akhirnya terpaksa berhutang. Memandangkan aktiviti ekonomi dunia hampir sahaja lumpuh dek terpaksa menghentikan seketika pengurusan-pengurusan.

Konflik mirip ini pernah berlaku di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4. Di mana akhirnya Dr Mahathir mengajak agar rakyat Malaysia teruskan membeli untuk berlakunya 'pencairan' duit. Hal ini akhirnya menyelamatkan Malaysia daripada menanggung beban hutang.

Maka bagi mengulangi situasi itu, rakyat Malaysia meningkatkan kuasa pembeli. Namun bagaimana kuasa membeli ingin ditingkatkan di waktu PKP ini? Di mana rakyat-rakyat seperti peniaga kecil, freelancer dan pekerja sendiri akhirnya putus pendapatan. Maka disitulah perlunya bantuan untuk B40 dan M40. Mereka yang terdiri daripada 80% rakyat Malaysia ini akan mendapat kuasa membeli.

Hal ini sekaligus membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara. Maka naif lah kepada golongan T20 yang menganggap B40 dan M40 ini tidak memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 80% rakyat Malaysia ini lah yang sebenarnya bukan sahaja sedang mengira-ngira kos untuk membeli susu untuk anak mereka, tetapi juga sedang mengira-ngira pencairan duit agar Malaysia dapat menstabilkan ekonomi.

Terima kasih kepada kerajaan kerana banyak membantu golongan-golongan B40 dan M40. Juga terima kasih kepada badan-badan koperat dan NGO² yang tidak putus memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia di waktu ini. Di kala ada segelintir T20 yang meminta bantuan khusus untuk sendiri, di kala ada segelintir T20 yang mempersoalkan bantuan untuk B40 dan M40. Masih ada juga T20 yang lebih suka memberi dan memikirkan orang lain. Terima kasih.


___________________________
Taufiq Tuah 



Comments